Wednesday, February 03, 2010

Menghilangkan Bosan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

12.30 - siap2 nak ke Mahkamah.bukan nak ikuti perbicaraan DSAI sangat..saje nak tengok suasana di luar mahkamah..hahahaha

1.15 - bertolak dari rumah dgn menunggang motor kesayanganku, Yamaha Ego WNT 1**4

1.45 - tibe di Masjid Wilayah utk menunaikan Solat Zohor..Alhamdulillah sempat berjemaah

2.05 - sampai di depan Kompleks Mahkamah yang tidak jauh dari Masjid Wilayah. Di sini, aku ditahan oleh polis.. Mereka memeriksa beg yang aku bawa. Macam-macam soalan yang mereka ajukan. aku mulai pelik..sapa yang kene bicara??? aku ke DSAI? hahahaha..Tahniah pihak polis kerana menjalankan tugas dengan sebaik-baiknya.
- Anggota polis yang menjaga pintu masuk utama mahkamah -

2.10 - YB Lim Kit Siang, Shamsul Iskandar dan beberapa orang kanan ada di depan pintu mahkamah sambil menunggu ketibaan DSAI
- YB Lim Kit Siang berbual dengan Shamsul Iskandar -

2.15 - ketibaan DSAI..Beliau di sambut dengan puluhan pihak wartawan dan juga para penyokong beliau yang memberi semangat dengan laungan "REFORMASI"
- DSAI bersama isteri tercinta -

2.30 - perbicaraan bermula..aku tak dapat masuk sebab polis cakap wartawan tak boleh masuk.aku bukan wartawan pon..sebab aku pegang kamera, mereka ingat aku wartawan.. ish3..tak pe lah..polis menjalankan tugas mengikut arahan.. Tahniah sekali lagi aku ucapkan kepada pihak polis yang bertugas di situ.
- Tahniah kerana menjalankan tugas dengan baik -

*lepas itu aku melangok la kat Kompleks Mahkamah tu.. ramai wartawan yang berehat..ada yg upload gambar kat laptop la..ada yang berborak antara sesama dorg. aku borak la dgn brother2 kat situ..lepak dgn anggota polis yang bertugas..saje nak hilangkan bosan sebab dijangka tamat perbicaraan pukul 4.30 petang. lame lg 2..huhuhu
- Muka penat -

4.30 - aku tunggu DSAI keluar..tunggu punya tunggu, beliau tak timbul2..hahahahaha..Sementara menunggu, YB Tian Chua memberi ucapan kepada para penyokong DSAI yang sedang menuggu di luar mahkamah
- Suara Rakyat Suara Keramat -

5.30 - DSAI keluar dari kompleks Mahkamah dan terus beredar walaupun diasak oleh pihak wartawan dengan soalan-soalan.
- Muka ceria DSAI selepas selesai perbicaraan -


- Ditemuramah oleh pihak wartawan -

- Perhimpunan Bantah Fitnah Kedua -


- Lawan Tetap Lawan -


- Kehadiran mereka menghangatkan lagi suasana -

*aku pun beredar selepas semuanya selesai..penat2 tp best..ape yang best? pergi la..baru tau..hahahahaha


Nota Kecil : ini hanyalah pandangan peribadi aku
kes ni masih dalam perbicaraan tapi ada beberapa kekeliruan dari mula-mula kes ni wujud

1- saiful buat aduan yang dia diliwat secara paksa tetapi dlm mahkamah kes ni di bawah seksyen 337B iaitu kesalahan yang dilakukan secara sukarela tanpa paksaan. macam mana tu?

2- anak muda (Saiful) yang berumur linkungan 20-an dan berbadan sihat boleh 'kalah' dengan orang tua (DSAI) yang berumur 60-an. pelik ni???

3- kenapa Saiful berani bersumpah dalam Masjid Wilayah sedangkan DSAI yang berkata ini adalah konspirasi semata-mata tidak berani bersumpah???

4- saksikan video ini - ada keraguan..ulang banyak kali kalau tak perasan


Nota Lagi Kecil :
Ini semua adalah pandangan peribadi aku..renung-renungkan lah mana yang betul dan mana yang salah. Yang betul kita boleh salahkan..Yang salah kita boleh betulkan..Hanya aku nak memperingatkan di sini bahawa Allah Yang Maha Mengetahui..Sekian

Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-

5 comments: