Saturday, October 23, 2010

Najib Menipu Bangsa?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

KUALA LUMPUR : Perkataan 'mendaya' yang digunakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada ucapan dasarnya 'Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran' dilihat mengelirukan.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Edisi Ketiga, tafsiran rasmi 'mendaya' adalah ialah "menjalankan tipu daya (muslihat), menipu".

Kamus yang dicetak pada 1997 lalu turut menjelaskan contoh penggunaan kalimah 'mendaya' yang tepat.

"Apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt (seperti) yg (yang) sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan," dipetik dari halaman 278 kamus tersebut.

Pun begitu, Utusan Malaysia (muka surat 2) hari ini melaporkan, "ucapan bertajuk 'Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran' yang disampaikan dalam nada yang serius itu berjaya memaku para perwakilan dan pemerhati selama satu setengah jam untuk sama-sama menghayati menghayati isi hati dan wawasan perjuangan beliau (Najib)”.

Dijangkakan kalimah 'mendaya' yang digunakan Najib bakal menggamit polemik awam khususnya pada sambungan sidang Dewan Rakyat, Isnin depan.

*renunganan bersama

- hebat lah PM kita..jujur je..pikir lah sendiri..



Asalamualaikum w.b.t

Thursday, October 21, 2010

Negara Islam ke?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang






KL, 20 Okt 10: "Muhammad" dalam tulisan Arab diterbalikkan, diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat. Ini menunjukkan bahawa penganjur jelas menghina Islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan dedah aurat yang tidak wajar itu. Penganjurnya adalah Islamic Fashion Festival (IFF) di bawah Datin Seri Rosmah Mansor isteri PM Malaysia.

Demikian didedahkan oleh ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali. "Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas IFF yang dianjurkan oleh Rosmah baru-baru ini. Walaupun dinamakan 'Islamik' tetapi fesyen yang diperagakan tidak sesuai dengan Islam bahkan Rosmah sendiri tidak memakai pakaian yang sesuai dengan Islam ketika merasminya.

Oleh itu para pemimpin NGO Islam disarankan agar mengkaji tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang disifatkan sebagai menghina Islam ketika menganjurnya. Lo' Lo' juga kesal dengan sesetengah NGO Islam yang dipergunakan untuk menyokong bajet yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib.
"Saya dapat maklumat ada beberapa NGO Islam diminta membuat memo menyokong bajet PM.

"Saya nak tanya NGO-NGO Islam ni, tak terasa langsung ke nak bantah penghinaan terhadap Islam oleh Rosmah atas penganjuran Islamic Fashion Festival yang penuh dengan kemungkaran dan kemaksiatan terhadap Allah serta pengkhianatan atas muslimah seluruhnya?" tanya Lo' Lo'.


*renungkanlah..
-isteri PM (1st lady konon) kepada sebuah negara Islam menjadikan Islam sebagai bahan mainan..
-di manakah orang-orang agama dalam UMNO? ustaz Firdaus, dr Marshitah, Jamil Khir..dimanakah mereka ini? kenapa membisu?


Asalamualaikum w.b.t


Tuesday, October 19, 2010

Khas Untuk Kau

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



2 - 4 Oktober 2009
1st time jumpa time pergi pertandingan robot kat UNITEN

9 Oktober 2009
1st time keluar lepak ditemani Cik Huda. Pergi makan kat Pak Li Kopitiam. Kau belanja

20 Oktober 2009
kau sambut birthday ke-20.

23 Oktober 2009
sambut birthday kau dengan Cik Huda kat Restoran Flaming. Cik Huda belanja

5 November 2009
Kau bagi aku botol air sebab kau cabar aku cukur kepala.

(jumpa kat Poli, tegur biasa-biasa je. Tapi sangat rancak berborak kat FB, YM,FS)

31 Disember – 3 Januari 2009
Pergi pertandingan robot bersama kat UNIMAP

(contact kat handphone, FB, YM)

20 Mac 2010
1st dating berdua. Pergi Putrajaya. Tengok Hot Balloon sebelah petang. Pagi aku dengan Nahri

(banyak la dating bersama)

18 April 2010
Ehem..ehem.. Hahahahaha

(terus la sehingga hari ini)

20 Oktober 2010
baru setahun kenal..da couple..macam2 kenangan sepanjang setahun ni

Sekarang dah belajar bersama di UniKL BMI.
Time apply, kawan. Time daftar, couple. Hahahaha.
Banyak lagi tarikh-tarikh penting tapi malas malas nak tulis.
Ini pun dah ketawa sorang2. Kalo lagi banyak tulis, sah roommate aku cakap aku gila. Hahahahahaha.
Biarlah simpan kenangan bersama



walaupun...
kau muda, aku tua
kau tinggi, aku pendek
kau ada gigi besi, aku ada gigi susu,
muka kau tak berjerawat, muka aku berjerawat

tapi...
aku tetap sayang kau
Moga hubungan kita kekal dengan keredhaan-NYA

Doakan hubungan dan kebahagiaan kami berpanjangan

*sentiasa mengharapkan yang terbaik




Asalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


KUALA LUMPUR : Kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan diubah suai dengan belanja RM65 juta.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong, kerja-kerja pengubah suaian akan bermula tahun depan dan selesai pada tahun berikutnya.

Sri Perdana di Putrajaya mula di bina pada tahun 1997 dengan kos RM24 juta dan siap dua tahun kemudiannya.

Bangunan ini diubah suai buat kali pertama pada tahun 2005 yang menelan belanja hampir RM6 juta.

Keperluan untuk sekali lagi melakukan pengubah suaian kepada Sri Perdana dengan kos RM65 juta dipertikaikan, khususnya apabila rakyat dinasihatkan supaya berbelanja secara berhemah.

Pengubahsuaian Seri Perdana dengan peruntukan yang begitu tinggi dianggap satu lagi anggap satu lagi pembaziran dana rakyat.

Mengulas isu yang sama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, apabila masuk sahaja Perdana Menteri baru semua nak ubah mengikut citarasa masing masing. Ini pembaziran dengan RM65 juta untuk ubah suai Sri Perdana ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana negara amat memerlukan kewangan itu untuk membangunkan modal insan dan sebagainya.

"Duit itu boleh digunakan dengan cara yang lebih bermakna. Kita lihat bajet itu pun tetap juga merupakan satu bajet defisit ini bererti perbelanjaan seperti itu sebenarnya boleh dikurangkan untuk mengurangkan defesit.

"Inilah keutamaan pemimpin Umno-BN untuk kepentingan mereka sendiri, keselesaan sendiri ikut citarasa masing masing tanpa memikirkan rakyat jelata yang menghadapi kesusahan untuk mebiayai kehidupan seharian.

"Ramai yang tidak berkerja dan hutang piutang. Tetapi RM65 juta digunakan untuk ubahsuai Sri Perdana ini tindakan yang tidak wajar sama sekali,"katanya.

*renungkanlah
- rakyat disuruh berjimat tetapi kerajaan?
- RM65 juta kalau dapat bantu rakyat miskin, lagi bagus..buatkan rumah untuk rakyat yang susah..dalam program bersamamu, ramai yang duduk dalam "reban". boleh manfaatkan untuk mereka yang memerlukan.
- kau dah duduk dalam "istana". nak renovate apa lagi? tak cukup ke "istana" sebesar 2? MACAM !)@(#*$&%^




Asalamualaikum w.b.t

Mukabuku


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


bosan.bosa.bosan.





....akhirnya....
selamat tinggal facebook



*mengharapkan yang terbaik


Asalamualaikum w.b.t

Hukum Allah Tak Nak Buat, Amalan Khurafat Dijunjung


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Membaca doa sebelum memulakan upacara meletakkan ancak ke tiang seri salah sebuah rumah Projek Infra Bina Upaya (IBU)-Kampung Guar, Manong
DS Zambry memulakan upacara khurafat tersebut
Merenjis-renjis ancak ke tapak untuk dinaikkan tiang seri
Upacara mengikat ancak ketiang seri, maka dengan upacara ini akan tidak diganggu oleh jin-jin tanah di situ.

*renung-renungkanlah..

Asalamualaikum w.b.t

Sunday, October 17, 2010

Apakah Semua Ini?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


KUALA LUMPUR, 15 Okt – Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kita berasa sungguh bangga kerana ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas.

“Satu lagi mercu tanda yang akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Bhd ialah Warisan Merdeka, yang dijadual siap pada 2020,” katanya semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Menara itu akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. Projek itu akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara.

Kos projek berjumlah RM5 bilion, dengan menara dijangka siap pada 2015. –
Bernama

*renung-renungkanlah :
- baru-baru ni kerajaan potong subsidi rakyat hingga barang-barang naik..seperti minyak.
- kerajaan nasihat supaya rakyat berjimat dalam berbelanja. tapi kerajaan berbelanja tanpa berjimat
- PM cakap belanjawan ini adalah belanjawan rakyat. adakah rakyat minta untuk bangunan tinggi ini?


Asalamualaikum w.b.t

Friday, October 01, 2010

Sangat Penat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.
penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.
penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.

aku sangat penat semenjak dua menjak ni
dah tak larat menahan lagi
tapi aku kena tahan jugak
walaupun berat

penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.
penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.
penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.penat.






*mengharapkan yang terbaik


Asalamualaikum w.b.t