Wednesday, August 17, 2011

17 Ramadhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tanggal 17 Ramadhan adalah dikenali sebagai Nuzul Quran.. pada 24 tahun yang lalu, Arwah Wan telah pergi meninggalkan kami sekeluarga..walaupun telah lama pemergiannya, tetapi kuih tradisi turun temurun tidak dilupakan.. Al-Fatihah

**mood : tengah buat kuih semperit dalam keadaan mengantuk dan belum study untuk kuiz esok..

Asalamualaikum w.b.t
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, August 16, 2011

APA???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Jakim sahkan mentega 'Golden Churn' tak halal
Ogos 15, 11


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal. Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza. "Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan. Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru. Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak. Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran. Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.


**Gila apa? Puluh tahun mak aku buat kuih raya guna GOLDEN CHURN..semalam nasib baik tak ada kat carefour time beli barang-barang buat kuih..kalau dah beli, memang kena buang jelah..patutlah gune GOLDEN CHURN ini sedap semacam je kuih..rupanya TAK HALAL..HAHAHAHA...memang kelakar..lama jugak JAKIM nak siasat keHALALan sesuatu barang..mak aku cakap time arwah nenek aku dulu dah pakai GOLDEN CHURN..mak aku mewarisi jelah..dah 24 tahun umur aku (kalendar Islam), baru dapat tahu pengHARAMannya...tak apelah..guna produk lain yang HALAL lagi BERSIH..HAHAHAHA

**Ramadhan ke-16..cepat masa berlalu..tak tahu dosa dah diampunkan ke belum..huhuhu..bertaubat tak tahu di terima ke tak..hasrat nak KAHWIN MUDA tak tahu lepas ke tidak..bak kata Sham Kamikaze "Hidayah dan Rezeki, kita tak tahu..ini urusan Allah..kita mampu USAHA, BERDOA DAN BERTAWAKKAL sahaja"...

**renungkanlah dari sudut POSITIF kerana yang NEGATIF boleh ditangani dengan cara yang betul dan secara bermusyawwarah...


Asalamualaikum w.b.t

Monday, August 08, 2011

Hilangnya Ramadhan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Baru seminggu puasa, aku dah dengar lagu raya berkumandang di Jaya Jusco. Hormat lah sikit Ramadhan. Setahun sekali je. Nanti datang Syawal, pasang lah lagu raya sebulan pun tak ada orang marah.

Orang yang beriman gembira bila datangya Ramadhan dan sedih bila datangnya Syawal

Dunia Oh Dunia!


Asalamualaikum w.b.t