Thursday, June 23, 2011

Penat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


sudah sekian lama berdiam diri.sudah penat melihat facebook.macam tak ada fungsi.
facebook menjadi bosan.bukan satu keperluan atau kepentingan bagi aku.mungkin keperluan dan kepentingan bagi orang lain.apa yang ada pada facebook?dapat kenalan yang ramai?apa yang mereka boleh tolong? dapat meluahkan perasaan?dapat maki hamun orang?apa yang anda dapat?

mungkin ini hanya sementara kerana mata & hati sudah berdarah.mata akan menjadi buta.hati akan mati.perlu bertenang dan sabar sebelum nazak muncul di tengah perjalanan.sakit dalaman sangat kritikal.tidak dapat dinafikan lagi.organ dalaman sudah hampir tidak berfungsi.inilah permainan dunia.adakala kita di atas.adakala kita di bawah.apabila kita di atas,kita lupa pengorbanan orang lain yang selama ini membantu kita dalam semua hal.kita hina,herdik,maki dan perlbagai tohmahan yang kita lemparkan kepada dia.lupakah kita siapa yang membantu kita semasa kita jatuh?lupakah kita siapa yang membantu kita semasa dalam kesusahan?
itukah balasan kita kepada dia?
renungkanlah

facebook boleh digunakan dengan baik kalau niatnya baik.boleh juga disalahguna jika niatnya buruk.jadi, cukuplah setakat ini buat masa ini untuk bermain facebook.aku akan ke kancah lain pula.mungkin lebih active ber"twitter"..

bersyukurlah dengan apa yang kita kecapi hari ini.dunia semakin pendek.sama-samalah kita hayati saki baki hidup di muka bumi ini.

Allah Maha Mengetahui


Asalamualaikum w..b.t

Monday, June 06, 2011

Alhamdulillah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah..result baru keluar..ok lah daripada semester lepas..bersyukur dengan apa yang dapat..lain orang, lain rezekinya..ada orang belajar sikit, result bagus...ada orang, belajar banyak, result tak bagus..tapi semua ini tak menentukan masa depan sebab perjalanan masih jauh..tak tahu lah aku ni jenis belajar banyak ke tak tapi yang penting, result aku belum cukup memuaskan hati aku lagi..aku berserah..andai rezeki aku banyak ni, aku terima lah dengan redha..mungkin aku tak tahu rezeki aku yang lain..hanya DIA YANG MAHA MENGETAHUI..aku hanyalah pelakon dalam lakonan di Dunia ini..DIA YANG MENENTUKAN..

apa-apa pun, aku bersyukur pada-MU YA ALLAH..


YA ALLAH..
KAU PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN AKU DAN MURAHKANLAH REZEKI AKU DARI DUNIA SAMPAI AKHIRAT..HANYA KEPADA KAU AKU SEMBAH, DAN KEPADA KAU AKU MINTA PERTOLONGAN..


*mengharapkan yang terbaik


Asalamualaikum w..b.t