Wednesday, March 31, 2010

April

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Esok dah masuk bulan April
kejap rasanya
lepas itu Mei, Jun, Julai
kalau ada rezeki, Julai aku sambung belajar

**Personaliti Bulan April**

sangat aktif dan dinamik
cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal
sangat menarik dan pandai menjaga diri
punyai daya mental yang sangat kuat
suka diberi perhatian(manja)
sangat diplomatik(pandai memujuk)
pandai berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang lain
sangat berani dan tiada perasaan takut
suka perkara yang mencabar
seorang yang pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik
pandai mencuba kawal emosi
agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yang sangat kuat
pandai mendorong diri dan memotivasikan orang lain
berpenyakit di sekitar kepala dan dada
sangat cemburu

ini adalah hasil kajian pakar motivasi
sekian

Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-

Sunday, March 28, 2010

25 - 27 Mac Di Melaka

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

!!!Best!!!
memang best jalan-jalan Melaka kali ini
kebiasaanya akan merayap ke bandar
...tapi...
kali ini aku buat lain dari lain
memang terbaik la
...hahahaha...

PTSB - sini lah tempat aku timba pengalaman baru

- aku menjaga lembu -

- Si Pondan -

- Si Bulu -

- Pusing-pusing ladang naik ni -

- bagi lembu makan -

ini adalah aktiviti aku di Melaka
semua aku buat
aku pun tak sangka aku boleh buat semua ini
...tapi...
aku lagi tak sangka kawan aku uruskan semua ini
baru umur 22 tahun sudah ada bisnes jaga lembu
...hahahaha...

satu pengalaman yang BEST sangat
aku nak datang lagi
tapi tak tahu bile
...hehehehe...

Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-

Thursday, March 25, 2010

Melaka

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

25 Mac 2010
hari ini aku akan ke PD hantar en Badar
lepas itu, aku ke Melaka
dah lama tak ke sana
nak pusing seluruh pelusuk Melaka
nak jumpa kawan-kawan dan cikgu-cikgu sekolah dulu
..hahahaha..

Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-

Wednesday, March 24, 2010

2 Minggu Lepas

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

10 Mac 2010
aku pergi main bowling dengan kawan-kawan
last main bowling tahun 2003
lepas abis PMR
hampir 7 tahun tak main
walaupun lama tak main, masih hebat seperti dulu
..hahahaha..
- banyak jenis untuk di pilih -

- Raqib (berjanggut) -

- Shahfik Harun -

- Ahmad Aqmal a.k.a Amad short -

lepas ni tak tahu bila lagi nak main bowling
sesiapa nak ajak main bowling lepas ni,
boleh la menghubungi aku
..hahahahhaa..

Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-


Monday, March 22, 2010

Putrajaya


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hari Sabtu
yang lalu aku ke Putrajaya dari pagi sampai ke malam
ada Hot Air Balloon Fiesta 2010
tak tahu nak cakap best atau tidak
kena pergi tahun depan rasa sendiri
..hehehehe..

- macam ni je..tak fly pon -

- captured by Nahri -

- sempat posing lagi..hahaha -

-fly tak tinggi pon -

- bayar rm 10 untuk naik -

- Gabungan 3 Generasi (beginner + pro + world class) -

- gambar sesi petang -
- gambar sesi malam -

- Masjid Besi Putrajaya -

terima kasih
kepada yang menemani saya
sepanjang hari Sabtu, 20 Mac 2010
jasa anda amatlah dihargai
kalau nak, tahun depan boleh pergi lagi
..hehehe..
sekian

Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-

Thursday, March 18, 2010

Konvokesyen PSA Ke-12


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah
akhirnya konvo juga aku
ini adalah atas permintaan keluarga
tak lupa juga atas nasihat dan bebelan kawan-kawan
..hahahaha..

Terima Kasih
kepada semua yang banyak membantu aku
baik secara langsung ataupun secara tidak langsung

InsyaAllah
lagi 4 tahun gambar konvo ijazah
masa itu, tak perlu paksaan dari mana-mana pihak lagi
..hahahaha..
aku akan pergi dengan inisiatif sendiri

Tahniah
kepada kawan-kawan aku yang sudah konvo
dan
kepada kawan-kawan aku yang akan konvo

*gambar konvokesyen*

-Mak & Abah (Pn.Ana & En.Badar)-

-budak laki-

-budak kelas-

-The Best Team-

Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-

Wednesday, March 17, 2010

Konvokesyen

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

hari ni aku konvo
tapi tak ada feel nak konvo pun

diploma je
result pon x la hebat mana

terima kasih kepada semua

Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-

Sunday, March 14, 2010

Kesihatan Dalam Islam


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan, mahupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal
berat badan anda. InsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti:-

1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit. (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang- kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migrain. Ini terbukti oleh para saintis yg membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bsujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu,dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+ manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yng terhasil yg boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari- jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan,tanpanya makanan tidak hadam)

Jika terkena juga penyakit, Islam menyuruh pula penganutnya untuk berubat. Sabda Nabi s.a.w:

“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).

Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H): “Hadis ini memberi isyarat disunatkan mengubat penyakit. Inilah mazhab ashab kita (aliran mazhab al-Syafi`i), kebanyakan salaf dan keseluruhan khalaf.

"renung-renungkan untuk kesejahteraan bersama"

Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-

Thursday, March 11, 2010

11 MAC

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

11 MAC 1922 : Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-2
(meninggal: 14 Januari 1976)

Sejarah Ringkas Tun Abdul Razak :

  • 1922 : Dilahirkan di Pekan, Pahang pada 11 Mac.
  • 1934 : (umur 12): Melanjutkan pengajian ke peringkat menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
  • 1947 : (umur 25): Mendapat biasiswa kerajaan British untuk melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di England.
  • 1950 : (umur 28): Menerima ijazah undang-undang dari Lincoln's Inn. Sekembali ke tanah air, beliau menyertai Perkhidmatan Awam dan juga dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno.
  • 1951 : (umur 29): Dilantik menjadi Timbalan Presiden Umno.
  • 1952 : (umur 30): Dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
  • 1955 : (umur 33): Menjadi Menteri Besar Pahang yang termuda. Bila Parti Perikatan memenangi pilihan raya umum pertama pada tahun ini, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam barisan kabinet pertama Tunku Abdul Rahman.
  • 1956 : (umur 34): Berada di London sekali lagi bersama Tunku Abdul Rahman, kali ini sebagai anggota rombongan Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada Britain.
  • 1957 : (umur 35): Selepas kemerdekaan dicapai, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar.
  • 1969 : (umur 47): Selepas perselisihan kaum tercetus di Kuala Lumpur selepas pilihan raya tahun, keadaan darurat telah diisytiharkan dan sebuah badan dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan, dengan Abdul Razak sebagai ketuanya.
  • 1970 : (umur 48): Menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua pada September, selepas Tunku meletakkan jawatan dari kerajaan dan Parti Perikatan. Beliau memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada pertengahan tahun untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan semua kaum dan menyusun semula aktiviti ekonomi ke arah pembahagian kekayaan negara yang lebih saksama.
  • 1972 : (umur 50): Menjemput Dr Mahathir Mohamad, yang tersingkir pada 1969, kembali ke pangkuan Umno.
  • 1976 : (umur 54): Meninggal dunia akibat leukemia di London pada Januari. Dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

Sekarang anaknya, DS Najib jadi Perdana Menteri ke-6 dengan slogan 1 Malaysia. Sejauh mana keberkesanan slogan itu kepada negara belum di ketahui lagi. Adakah slogan 1 Malaysia ini di tiru daripada Israel yang menggunakan slogan yang sama pada 1980 iaitu 1 Israel?
Slogan ini telah diumumkan oleh Yitzhak Yitzhaky pada 14 Okt. 1980 dan diperkukuh lagi oleh pemimpin Parti Buruh, Ehud Barak sebagai startegi politik pilihanraya Israel 1999. Barak telah memilih untuk menggunakan 1 Israel dengan menggambarkan "PERPADUAN". Slogan ini di tiru atau sekadar kebetulan seperti Wawasan 2020 yang hampir sama dengan Israel 2020 ? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..

Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-

Monday, March 08, 2010

Selamat Hari Wanita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hari ini dalam sejarah :
1911 - Hari Wanita Antarabangsa dilancarkan di Copenhagen, Denmark, oleh Clara Zetkin, ketua Jabatan Wanita Parti Demokratik Sosial Jerman.


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

"Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah".

"Renung-renungkan dan selamat beramal"

Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-

2 Tahun Sudah Berlalu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

hari ini 8 Mac 2010
2 tahun yang lalu telah berlangsung Pilihan Raya ke-12
kerajaan Barisan Nasional buat kali pertama hilang majoriti 2/3 kerusi dewan rakyat
semenjak dibentuk pada 1970-an

Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia yang ke-12 pada 8 Mac 2008 bagi Dewan Rakyat
Undian% undiKerusi% kerusi+/–
Barisan Nasional (BN):4,082,41150.2713963.158
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)2,381,72529.337835.630
Persatuan Cina Malaysia (MCA)840,48910.35156.816
Kongres India Se-Malaysia (MIC)179,4222.2131.46
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)184,5482.2720.98
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)131,2431.62146.33
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)119,2641.4762.7
Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)52,6450.6541.8
Parti Rakyat Sarawak (PRS)33,4100.4162.76
Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Bersatu (UPKO)58,8560.7241.8
Parti Bersatu Sabah (PBS)44,8850.5531.41
Parti Maju Sabah (SAPP)30,8270.3821.41
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)10.5
Parti Liberal Demokratik (LDP)8,2970.1010.51
Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP)16,8000.21001
Barisan Alternatif (Kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat):3,796,46446.758336.962
Parti Keadilan Rakyat (PKR)1,509,08018.583114.030
Parti Islam SeMalaysia (PAS)1,140,67614.052410.416
Parti Tindakan Demokratik (DAP)1,118,02513.772812.616
Tidak mewakili sebarang parti (dan lain-lain)65,3990.81001
Jumlah keseluruhan7,944,2741002221003
*PBRS memenangi satu kerusi sahaja menerusi menang tanpa bertanding ketika hari pencalonan

Sumber: Sin Chew Jit Poh, Malaysia



Senarai sesi Parlimen

No.
Tahun
Pilihan raya
Kerajaan*
Pembangkang
Jumlah
Kerusi
Bil. Kerusi
% Kerusi
% Undi
Bil. Kerusi
% Kerusi
% Undi
1 1959**7471.1551.73028.8548.3104
2 1964**8985.5858.51514.4241.5104
319699566.0049.34934.0050.7144
4197413587.6660.71912.3439.3154
5197813084.4257.22415.5842.8154
6198213285.7160.52214.2939.5154
7198614883.6255.82916.3841.5177
8199012770.5553.45329.4546.6180
9199516284.3865.23015.6234.8192
10199914876.6856.54523.3243.5193
11200419890.4163.9219.5936.1219
12200814063.150.278236.946.75222


8 Mac 2008 sehingga 8 Mac 2010
2 tahun sudah..macam-macam telah berlaku pada politik di Malaysia
siapakah yang benar? BN atau PR?
(macam ayat Hang Tuah pulak..hehehe)
dimanakah kesahihan semua cerita-cerita politik ini?
di Utusan? TV3? Harakah? TVPas?
adakah semua ini akan berterusan?
Allah yang lebih mengetahui

Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-