Thursday, March 11, 2010

11 MAC

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

11 MAC 1922 : Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-2
(meninggal: 14 Januari 1976)

Sejarah Ringkas Tun Abdul Razak :

  • 1922 : Dilahirkan di Pekan, Pahang pada 11 Mac.
  • 1934 : (umur 12): Melanjutkan pengajian ke peringkat menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
  • 1947 : (umur 25): Mendapat biasiswa kerajaan British untuk melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di England.
  • 1950 : (umur 28): Menerima ijazah undang-undang dari Lincoln's Inn. Sekembali ke tanah air, beliau menyertai Perkhidmatan Awam dan juga dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno.
  • 1951 : (umur 29): Dilantik menjadi Timbalan Presiden Umno.
  • 1952 : (umur 30): Dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.
  • 1955 : (umur 33): Menjadi Menteri Besar Pahang yang termuda. Bila Parti Perikatan memenangi pilihan raya umum pertama pada tahun ini, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran dalam barisan kabinet pertama Tunku Abdul Rahman.
  • 1956 : (umur 34): Berada di London sekali lagi bersama Tunku Abdul Rahman, kali ini sebagai anggota rombongan Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan daripada Britain.
  • 1957 : (umur 35): Selepas kemerdekaan dicapai, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar.
  • 1969 : (umur 47): Selepas perselisihan kaum tercetus di Kuala Lumpur selepas pilihan raya tahun, keadaan darurat telah diisytiharkan dan sebuah badan dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan, dengan Abdul Razak sebagai ketuanya.
  • 1970 : (umur 48): Menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua pada September, selepas Tunku meletakkan jawatan dari kerajaan dan Parti Perikatan. Beliau memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada pertengahan tahun untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan semua kaum dan menyusun semula aktiviti ekonomi ke arah pembahagian kekayaan negara yang lebih saksama.
  • 1972 : (umur 50): Menjemput Dr Mahathir Mohamad, yang tersingkir pada 1969, kembali ke pangkuan Umno.
  • 1976 : (umur 54): Meninggal dunia akibat leukemia di London pada Januari. Dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.

Sekarang anaknya, DS Najib jadi Perdana Menteri ke-6 dengan slogan 1 Malaysia. Sejauh mana keberkesanan slogan itu kepada negara belum di ketahui lagi. Adakah slogan 1 Malaysia ini di tiru daripada Israel yang menggunakan slogan yang sama pada 1980 iaitu 1 Israel?
Slogan ini telah diumumkan oleh Yitzhak Yitzhaky pada 14 Okt. 1980 dan diperkukuh lagi oleh pemimpin Parti Buruh, Ehud Barak sebagai startegi politik pilihanraya Israel 1999. Barak telah memilih untuk menggunakan 1 Israel dengan menggambarkan "PERPADUAN". Slogan ini di tiru atau sekadar kebetulan seperti Wawasan 2020 yang hampir sama dengan Israel 2020 ? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..

Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-

No comments:

Post a Comment