Monday, May 31, 2010

31 Mei 2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

31 Mei
Hari ini juga dikenali sebagai
Hari Tanpa Tembakau
tetapi di Malaysia tiada kempen mengenainya
kenapa?
susah untuk dijawab
..hahaha..

31 Mei 2010
hari ini sambungan pada kes Liwat DS Anwar Ibrahim
Peguam Anwar, Karpal Singh sekali memohon
agar mahkamah membekalkan senarai saksi kepada mereka
tetapi mahkamah enggan berbuat demikian..
hal ini merumitkan keadaan dan menjadikan kes pertama mengenai
mahkamah yang menahan nama saksi daripada diberi kepada
pihak peguam DS Anwar
ini membuatkan lagi rakyat ragu-ragu dengan kes ini
adakah ini salah satu daripada konspirasi yang dirancang?
...WALLAHUALAM...

31 Mei 2010
hari ini dalam sejarah
Kapal Konvoi Gaza telah di tahan oleh tentera ZIONIS LAKNATULLAH
12 orang rakyat Malaysia di atas kapal tersebut
mereka adalah sebahagian daripada misi LifeLine4Gaza
marilah bersama mendoakan kehancuran ISRAEL LAKNATULLAH

Asalamualaikum w.b.t

Sunday, May 30, 2010

Kesempurnaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Manusia adalah sebaik-baik kejadian
tetapi
tiada manusia yang sempurna
kecuali
Nabi Muhammad S.A.W

Bersyukurlah dengan apa yang sudah anda miliki sekarang
kerana
akan datang kita tidak tahu ape yang terjadi

Oleh itu,
janganlah hanya memandang kepada kesempurnaan
kerana
dalam kesempurnaan itu, mesti terdapat kecacatan

Asalamualaikum w.b.t

Friday, May 28, 2010

Hari Ini

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

28 Mei
hari ini macam-macam berlaku
ada yang gembira, ada yang sedih
ada juge yang menangis kerana gembira
ada juge yang menangis kerana kesedihan
memang asam garam kehidupan

kalau kita gembira, kita mestilah bersyukur
supaya
kegembiraan hari ini dapat dirasai untuk akan datang

kalau kita sedih, kita perlulah bersabar
supaya
kesedihan hari ini akan bawa kegembiraan kepada kita kelak

......INSYAALLAH......

Asalamualaikum w.b.t

Wednesday, May 26, 2010

Belajar & Pengalaman


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Belajar daripada Pengalaman
kerana
Pengalaman yang mengajar kita


- gambar hiasan -


Asalamualaikum w.b.t

Tuesday, May 18, 2010

18 Mei

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

ありがとう
atas segala-galanya selama ini

非常に残念
jika ada tersalah atau tersilap selama ini

あなたは私を愛して
Nur Illyna Rusli

Sekian
Asalamualaikum w.b.t

Sunday, May 16, 2010

Untukmu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


- kita bermula dengan ini -

Khas untuk Guru :

Orang kata guru itu penat

Gaji tak seberapa kerja berlambak

Aku kata guru itu rehat

Mengajar tak seberapa tapi penuh berkat

Kerja sekerat-sekerat pahala penuh sendat

Ilmu yang dicurah tak dapat disekat

Makin dicurah makin mendekat

Orang kata guru itu sungguh bosan

Setiap tahun muka sama setiap bulan

Aku kata guru itu singguh riang

Sekali berkata murid ketawa girang

Bila berjaya murid terus menjulang

Jasa bakti tak pernah hilang

Selamat Hari Guru kepada semua yang pernah menjadi Guru baik secara langsung mahupun secara tidak langsung. Jasa dan pengorbanan anda tidak dapat di balas dengan wang ringgit. Hanya Allah yang akan membalas jasa Guru kerana sanggup mencurahkan ilmu tanpa hiraukan penat dan lelah.

Nabi saw bersabda:-

“Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya keculi tiga, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan”

Senarai nama Guru yang pernah ajar aku:

SRATT
Ustazah Fadzilatun, Ustazah Fadzilah, Ustaz Fakhrul, Ustaz Shahruddin, Ustaz Hafiz, Ustazah Rozita, Ustazah Hayati, Ustazah Nawal Hamimi

SKTT
Cikgu Noraidah, Teacher Rahimah, Teacher Salmah, Cikgu Norashikin, Ustazah Roziah, Ustazah Zulyana, Cikgu Nahzatulshima, Cikgu Yahizan Che Yap (YCY), Cikgu Mat Sariman, Cikgu Julia, Teacher Hani Azura, Ustazah Jamilah Ayu, Cikgu Azlina, Cikgu Nordin, Cikgu Zulkifli, Cikgu Khairul Nizam, Ustaz Mokhtar, Cikgu Zakaria, Cikgu Zunaidi

SMKTT
Pn Chiew, Cikgu Hasliza, Cikgu Malathi, Cikgu Nahari Mastono Arukin, Cikgu Nor Azzah, Cikgu Adnan Daud, Cikgu Mazlan Adam, Cikgu Tn Hj Nasaruddin, Cikgu Nasaruddin, Cikgu Fauzi, Ustazah Kamisah, Ustazah Suriyani, Ustazah Maznah, Cikgu Faridah, Pn Soh, Pn Goh, Pn Tan, Cikgu Roziah, Cikgu Badrul, Cikgu Latfi, Cikgu Suhaimi, Cikgu Azhar, Cikgu Bashiran, Cikgu Siti Hajar, Cikgu Hamidah (Mak Meera), Teacher Khamsiah (Mak Alfian)

SMTAG
Cikgu Ng, Ustaz Sayuthi, Cikgu Mazlan, Cikgu Baiha Harun, Ustazah Siti Aishah, Cikgu Azizah(Bonda), Ustaz Jaini, Cikgu Rahman, Cikgu Shamsidah, Cikgu Atikah, Teacher Azlinda, Cikgu Noraini, Ustaz Fauzi, Cikgu Norahim, Cikgu Jamil, Cikgu Nazaruddin, Cikgu Md Amin, Cikgu Kusarah

PSA
Mr Bryan, En Azrai, En Kahar, Mr Gopi, En Zul & En Hadi (Mekanikal), En Mahmud, En Azlan, En Idris, Ustazah Siti Aisyah, Pn Suryani Iliyas, Pn Shafikah, Pn Mazlina, Pn Praba, En Khairani, Miss Farina Ayu, Pn Huda, Pn Cristina, Cik Astrahuda, Cik Nurismah, Pn Noraini, Pn Nazurah, Pn Kartini, Pn Siti Hajar, Pn Norsham, Pn Faizah, Pn Norhayati, Pn Emy

Sekian
Asalamualaikum w.b.t

Friday, May 14, 2010

Janji atau Rasuah?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Janji
(menurut Kamus Dewan Edisi ke-3)
pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu

Rasuah
(menurut Kamus Dewan Edisi ke-3)
pemberian untuk menyogok

Adakah semua ini hanya janji politik atau rasuah politik untuk kerajaan Barisan Nasional memenangi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sibu, Sarawak?

Sumber diperolehi daripada http://www.bharian.com.my

RM88.9j tingkat taraf hidup penduduk luar bandar
2010/05/10

SIBU: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah membelanjakan RM88.9 juta untuk pelaksanaan pelbagai projek meningkatkan taraf hidup penduduk di Sibu sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata RM79.6 juta untuk menyediakan infrastruktur luar bandar dan pinggir bandar, manakala RM5.8 juta untuk program kesejahteraan rakyat.

Sebanyak RM2.5 juta lagi dibelanjakan untuk program di bawah Mara, prasekolah RM378.632 dan pengupayaan ekonomi RM278,800.

“Pada tahun ini saja kita memperuntukkan RM268 juta. Daripada jumlah itu, RM20 juta untuk projek jalan luar bandar, manakala untuk projek bekalan elektrik luar bandar RM3.59 juta.

“Bagi bekalan air luar bandar pula RM2.69 juta diperuntukkan tahun ini, diikuti prasekolah (RM378,632), ameniti sosial (RM105,000) dan projek Mara (RM74,641),” katanya pada Program Mesra Rakyat Bersama Mara di Pusat Pameran dan Perdagangan Sibu, di sini semalam.

Tujuh program bersepadu majukan Sabah, Sarawak
2010/05/10

SIBU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan tujuh program bersepadu memaju dan meningkatkan taraf hidup penduduk Sarawak dan Sabah ketika lawatannya ke sini Khamis ini, sempena pilihan raya kecil Parlimen Sibu.

Antaranya ialah isu peruntukan, tanah, pendidikan, pembangunan sosio ekonomi serta infrastruktur yang menjadi antara keperluan penting untuk rakyat termasuk di kawasan pedalaman.

Penduduk dapat bekalan elektrik
2010/05/12

SIBU: Lebih 2,000 penduduk di Sungai Rassau di sini boleh menarik nafas lega selepas keluhan lebih 30 tahun bagi mendapatkan bekalan elektrik didengar kerajaan negeri yang berjanji kemudahan itu akan dilaksanakan sebelum 2012.

Selama ini, penghuni sembilan rumah panjang di kawasan itu terpaksa berbelanja sehingga RM300 sebulan bagi membeli petrol yang digunakan bagi menghidupkan set generator yang hanya akan dipasang mulai jam 6 petang hingga 11 malam.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berkata selain kemudahan elektrik, kerajaan negeri juga bersetuju memberi peruntukan berjumlah RM600 bagi setiap pintu rumah panjang dan wang itu akan digunakan untuk menaik taraf kediaman mereka.

Taib turut meluluskan pembinaan dewan serba guna bernilai RM250,000 yang akan dibina di dalam kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batang Igan, Dalat, bagi kegunaan penduduk.


RM100,000 naik taraf 2 sekolah
2010/05/12

SIBU: Kementerian Pelajaran semalam mengumumkan peruntukan RM100,000 untuk projek pembangunan dan menaik taraf dua sekolah rendah di kawasan pedalaman daerah ini.

Sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang dan SK Tanjung Penasu, Bawang Assan yang kebanyakan pelajarnya adalah daripada kaum Iban yang tinggal di rumah panjang berdekatan.

**renung-renungkanlah..
apabila datangnya pilihan raya, datang juga projek-projek "mee segera"

Asalamualaikum w.b.t

Gembira & Tetap Bekerja

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa saksi utama yang juga pengadu dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - Mohd Saiful Bukhari Azlan “kelihatan gembira” sehari selepas beliau mendakwa ketua pembangkang itu meliwatnya.

Semasa pemeriksaan balas, peguam bela, Karpal Singh membekalkan sekeping gambar yang dirakamkan pada 27 Jun 2008, sehari selepas Anwar dikatakan meliwat bekas pembantunya.

Saiful memberitahu mahkamah bahawa gambar itu menunjukkan dia di rumah Anwar pada lebih kurang jam 5 petang semasa pertemuan Anwar dengan beberapa blogger.

Gambar itu menunjukkan Saiful sedang menghidangkan teh kepada Anwar dan tetamunya.

“Adakah awak dalam gambar itu?” soal Karpal dan Saiful mengesahkannya.

“Awak kelihatan gembira,” kata Karpal dan diikuti dengan bantahan daripada Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden sebelum sempat Saiful menjawab.

“Ini menunjukkan bahawa sehari selepas kejadian itu, mereka masih berkomunikasi dan bekerja seperti biasa. Tetapi sebelum ini, Saiful kata dia
takut dan tertekan akibat kejadian itu,” kata seorang lagi peguambela, Sankara Nair di luar mahkamah.

Mahkamah Tinggi menangguhkan perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 31 Mei hingga 4 Jun depan dengan menyambung sesi menyoal balas saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

**Renung-renungkan bersama kesahihan kes ini

Asalamualaikum w.b.t

Thursday, May 13, 2010

"Bilas"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak membasuh duburnya selepas kejadian liwat pada 26 Jun 2008 kerana mahu menyimpan bukti.

Saiful, saksi utama dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu berkata selepas kejadian itu, beliau tidak mandi tetapi hanya membilas badannya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pada pagi hari tersebut, sebelum kejadian, beliau mandi sepenuhnya.

Saiful berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh Karpal Singh yang mewakili Anwar dan juga mendakwa, beliau pernah diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

Karpal Singh juga memohon mahkamah supaya pemeriksaan balas seterusnya pada sebelah petang diadakan secara tertutup.

Keterangan Mohd Saiful pada hari keempat beliau diperiksa balas oleh Karpal itu menarik perhatian ramai termasuk Karpal Singh sambil berkata " Ooo.. mahu simpan bukti".

Karpal: Pada 26 Jun 2008, anda tidak mandi langsung?

Saiful: Pada pagi 26 Jun itu, saya mandi sepenuhnya. Selepas kejadian saya tidak mandi tetapi hanya "bilas" sahaja.

Karpal: Anus, anda tidak cuci?

Saiful
: Tidak. Mahu simpan bukti.

Kepada soalan Karpal Singh mengapa beliau tidak membuat terus laporan polis pada hari kejadian kerana bukti itu masih baru, Saiful berkata beliau memang ada peluang berbuat demikian.

- Gambar ini diambil pada 27 Jun.Adakah beliau tak mandi juga? -

Saiful, bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata beliau juga mempunyai peluang untuk membuat laporan polis pada keesokan harinya, pada 27 Jun, tetapi tidak juga berbuat demikian kerana ingin mendapatkan nasihat terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis.

Karpal: Nasihat daripada siapa?

Saiful: Pakcik saya Tuah (Tuah Mohamad Alip), Mumtaz (Datuk Mumtaz Jaafar), rakan saya Rahimi (Rahimi Osman), saudara Ezam (Mohamed Ezam Mohd Noor) dan guru agama.

Merujuk pada laporan di laman web Malaysiakini bertarikh 15 Ogos, 2008, Karpal meminta Saiful mengesahkan bahawa laporan yang dibuatnya kepada wartawan laman web itu sama ada wujud kesilapan di dalamnya.

Saiful diminta supaya membaca laporan dengan perlahan.

Selepas membaca beliau berkata beliau tidak dapat mengesahkan seratus peratus sama ada terdapat kesilapan di situ.

Bagaimanapun, Saiful ada mengakui terdapat kesilapan pada mukasurat ketiga di laporan itu iaitu pada ayat "pertama kali diliwat".

Kepada soalan Karpal Singh, adakah beliau memmberitahu sedemikian kepada wartawan itu, beliau menjelaskan bahawa beliau tersilap mentafsir soalan wartawan berkenaan.

Karpal Singh dengan nada yang keras mengingatkan Saiful supaya bercakap benar selepas beliau tidak dapat mengesahkan apa yang diberitahunya kepada wartawan laman web itu.

Ditanya adakah beliau memberitahu wartawan Malaysiakini bahawa beliau diliwat Anwar bagi kali pertama dan tidak pernah sebelum itu, Saiful berkata beliau silap mentafsirkan pertanyaan wartwan itu.

Kepada persoalan lain, Saiful menafikan cadangan Karpal bahawa beliau berbohong di mahkamah kerana semasa beliau berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri pada 24 Jun, 2008, di kediaman, Najib, beliau mengadu yang beliau diliwat.

Saiful dalam pemeriksaan balas pada hari Isnin lepas memberitahu mahkamah bahawa beliau berjumpa Najib kerana menceritakan masalahnya.

Saiful juga bersetuju dengan cadangan Karpal bahawa semasa berjumpa dengan Najib pada 24 Jun 2008, beliau ada memberitahu Najib yang beliau diliwat.

Mengenai pertemuannya dengan seorang pegawai polis pada 24 Jun 2008 SAC I Datuk Mohd Rodwan Yusof (yang kini menjawat Ketua Polis Melaka), Saiful berkata beliau menceritakan masalahnya kepada Rodwan bahawa beliau diliwat oleh Anwar di dalam dan luar negara iaitu, Hong Kong, Singapura dan Bangkok.

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan cadangan Karpal Singh bahawa pada Mac 2008, beliau merupakan penyokong kuat Umno dan Barisan Nasional.

"Ya, saya memang penyokong kuat Umno tetapi telah mengundi Sivarasa (R.Sivarasa, Subang) di kawasan saya dan Elizabeth Wong," jawab Saiful sambil diikuti gelak ketawa hadirin dalam mahkamah.


Karpal: Sokong BN, tapi undi Pakatan, itu bermakna anda seorang pengkhianat bukan, setuju?

Saiful: Tidak setuju.

Sebelum Karpal meneruskan soalan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden membantah kerana apa relevannya soalan tersebut serta soalan Karpal kepada Saiful adakah beliau daripada keluarga yang porak peranda.

Mohamed Yusof berkata saksi merupakan seorang yang muda dan soalan-soalan Karpal Singh tidak ada kaitan dengan pertuduhan yang dihadapi oleh Anwar.
Karpal menjawab soalan ini relevan kerana bagi menunjukkan wujudnya konspirasi politik terhadap anak guamnya yang didakwa dalam tuduhan meliwat Saiful.

Selepas itu, Karpal memohon prosiding dijalankan secara tertutup.

Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Karpal Singh, bagaimanapun dengan nada bergurau beliau berkata kebiasaannya dalam kes jenayah, pihak pendakwaan yang membuat permohonan seperti ini, tetapi hari ini sebaliknya.

Mohamad Zabidin juga mengingatkan orang ramai yang berada dalam galeri awam supaya supaya tidak berada di dalam mahkamah itu semasa prosiding bersambung secara tertutup jam 2.15 petang.

**renung-renungkanlah..sudah beberapa kali statement bercanggah..bukankah ini bukti terdapat konspirasi???
....WALLAHHUALAM....

Asalamualaikum w.b.t

Wednesday, May 12, 2010

"Terkejut"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar keterangan saksi utama yang juga pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung pertemuannya dengan timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Jun, 2008.

Pertemuan itu diadakan dua hari sebelum Saiful mendakwa yang dia diliwat oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam keterangannya selama sejam pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, Saiful juga memberi butiran berhubung pertemuannya dengan
ACP Rodhwan Mohd Yusof (sekarang SAC 1) dan kemudiannya dia membuat panggilan telefon kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sehari sebelum kejadian berkenaan.

- Ezzam merancang sesuatu -

Saiful juga menceritakan pertemuannya dengan bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor (atas) (sekarang ini Senator) di Rawang, sehari selepas kejadian berlaku ( 27 Jun) bagi mengadu kepadanya berhubung “penganiyaan” oleh Anwar.

Saiful, 25, saksi utama pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu berkata beliau dibawa oleh rakannya bernama Rahimi dan juga pakciknya bernama Tuah Mohamad untuk berjumpa Ezam di rumahnya di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, sama ada beliau mengenali Mohamad Ezam sebelum itu, Mohd Saiful berkata beliau hanya kenal Mohamad Ezam begitu sahaja sebagai kawan.

Bekas pembantu kepada Anwar itu berkata pertemuan dengan Ezam pada lewat malam 27 Jun itu hanya berakhir keesokan paginya.

Kedua-dua Rodhwan dan Musa pula, adalah 'watak utama' semasa perbicaraan Anwar pada 1998 yang menyaksikan ketua umum PKR itu dipenjarakan. Anwar kemudiannya dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan.

Kepada soalan lain oleh Karpal adakah Musa ada menghubungi beliau, Saiful menjawab beliau yang menghubungi Musa.

Karpal: Kenapa telefon dia?

Saiful: Nak mengadu masalah saya.

Karpal: Banyak masalah bukan?

Saiful: Memang saya banyak masalah.

Karpal: Ada jumpa dia?

Saiful: Contact (hubungi) sahaja.

Karpal: Bila?

Saiful: Pada 25 Jun 2008, sebelah pagi.

Karpal: Kamu contact dia untuk ceritakan masalah kamu bukan?

Saiful: Ya, tapi saya hanya bercakap selama seminit dan dimarahi oleh KPN kerana mungkin dia ingat panggilan main-main dan beliau meletakkan telefon. Beliau juga mengingatkan saya untuk tidak menelefonnya lagi.

- DS Najib buat muka terkejut -

Disoal-siasat lagi oleh peguambela utama, Karpal Singh setelah permohonannya agar prosiding ditangguhkan ditolak, Saiful berkata dia dibawa ke kediaman persendirian Najib di Taman Duta, Kuala Lumpur oleh pembantu khas timbalan perdana menteri itu, Khairil Anas.

“Saya pergi ke rumah Khairil Anas bagi mengadu perkara itu. Dia kemudiannya memutuskan untuk membwa saya berjumpa dengan Najib di rumahnya di Taman Duta,” kata Saiful.

Saiful juga pernah mendakwa selain diliwat pada 26 Jun 2008, dia juga beberapa kali telah diliwat pada tarikh lain oleh Anwar.

Menurut Saiful, mereka tiba di rumah Najib selepas solat Maghrib, lebih kurang jam 8 malam dan dia menghabiskan kira-kira 20-30 minit menceritakan masalahnya itu kepada timbalan presiden Umno itu.


“Najib (
atas) "terkejut" dengan pendedahan tentang apa yang berlaku (insiden Saiful diliwat Anwar),” katanya sambil menambah perbincangan malam itu membabitkan dirinya, Khairil dan Najib.


**renung-renungkanlah kesahihannya..

***nota tambahan :
KPN, Musa Hassan - di sambung kontrak
ACP Rodhwan Mohd Yusof - di naikkan pangkat ke SAC 1
Ezzam Mohd Noor - di lantik menjadi Senator

(adakah mereka ini berjaya melakukan "tugas" dengan cemerlang sehingga dapat di angkat memegang jawatan tersebut?) ....WALLAHHUALAM....

Asalamualaikum w.b.t

Sesi Pagi - Mahkamah Tolak Permohonan Karpal

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan peguam Karpal Singh bagi mendapatkan kenyataan beramaran daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikannya kepada polis.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, berkata tidak ada
percanggahan dalam keterangan Saiful kepada polis dan keterangannya di mahkamah, dan terpulang kepada peguam negara untuk menetapkan pertuduhan terhadap seseorang itu.

"Walaupun terdapat percanggahan dalam laporan polis dan pengakuan saksi. Namun kenyataan saksi tidak konflik dengan kejadian. Berdasarkan hujah itu, permohonan Karpal ditolak,” katanya.

Semalam, peguam utama tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan memerlukan keterangan itu kerana terdapat percanggahan antara keterangannya kepada polis dan pertuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar.Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, berkata tidak ada percanggahan dalam keterangan Saiful kepada polis dan keterangannya di mahkamah, dan terpulang kepada peguam negara untuk menetapkan pertuduhan terhadap seseorang itu.


"Walaupun terdapat percanggahan dalam laporan polis dan pengakuan saksi. Namun kenyataan saksi tidak konflik dengan kejadian. Berdasarkan hujah itu, permohonan Karpal ditolak,” katanya.

Semalam, peguam utama tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan memerlukan keterangan itu kerana terdapat percanggahan antara keterangannya kepada polis dan pertuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar.

Pertikaman lidah berlaku dan Karpal mendakwa Mohd Yusof sudah mengetahui keputusan hakim yang menolak permohonan Karpal bagi mendapatkan kenyataan beramaran daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikannya kepada polis.

Ini kerana beliau datang dengan persediaan berkenaan.

Selepas rehat seketika, hakim memutuskan tidak ada tindakan menghina mahkamah akan dikenakan ke atas Karpal berhubung kenyataannya itu.

Perbicaraan bersambung dengan giliran Saiful disoal-balas.

**renung-renungkanlah kesahihan kes ini

Asalamualaikum w.b.t

Hari Jururawat Antarabangsa


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

12 Mei
adalah sambutan bagi Jururawat di seluruh dunia
tanpa mereka,
doktor tak boleh buat kerja
so,
mereka sangat penting dalam dunia perubatan

Selamat Menyambut Hari Jururawat
kepada seluruh Jururawat di Dunia
especially kepada
Kak Mas Yusof dan Kak Nani Yusof
yang menjadi Nurse Hospital Ampang Puteri

sekian
Asalamualaikum w.b.t