Friday, May 14, 2010

Janji atau Rasuah?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Janji
(menurut Kamus Dewan Edisi ke-3)
pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu

Rasuah
(menurut Kamus Dewan Edisi ke-3)
pemberian untuk menyogok

Adakah semua ini hanya janji politik atau rasuah politik untuk kerajaan Barisan Nasional memenangi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sibu, Sarawak?

Sumber diperolehi daripada http://www.bharian.com.my

RM88.9j tingkat taraf hidup penduduk luar bandar
2010/05/10

SIBU: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah membelanjakan RM88.9 juta untuk pelaksanaan pelbagai projek meningkatkan taraf hidup penduduk di Sibu sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata RM79.6 juta untuk menyediakan infrastruktur luar bandar dan pinggir bandar, manakala RM5.8 juta untuk program kesejahteraan rakyat.

Sebanyak RM2.5 juta lagi dibelanjakan untuk program di bawah Mara, prasekolah RM378.632 dan pengupayaan ekonomi RM278,800.

“Pada tahun ini saja kita memperuntukkan RM268 juta. Daripada jumlah itu, RM20 juta untuk projek jalan luar bandar, manakala untuk projek bekalan elektrik luar bandar RM3.59 juta.

“Bagi bekalan air luar bandar pula RM2.69 juta diperuntukkan tahun ini, diikuti prasekolah (RM378,632), ameniti sosial (RM105,000) dan projek Mara (RM74,641),” katanya pada Program Mesra Rakyat Bersama Mara di Pusat Pameran dan Perdagangan Sibu, di sini semalam.

Tujuh program bersepadu majukan Sabah, Sarawak
2010/05/10

SIBU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan tujuh program bersepadu memaju dan meningkatkan taraf hidup penduduk Sarawak dan Sabah ketika lawatannya ke sini Khamis ini, sempena pilihan raya kecil Parlimen Sibu.

Antaranya ialah isu peruntukan, tanah, pendidikan, pembangunan sosio ekonomi serta infrastruktur yang menjadi antara keperluan penting untuk rakyat termasuk di kawasan pedalaman.

Penduduk dapat bekalan elektrik
2010/05/12

SIBU: Lebih 2,000 penduduk di Sungai Rassau di sini boleh menarik nafas lega selepas keluhan lebih 30 tahun bagi mendapatkan bekalan elektrik didengar kerajaan negeri yang berjanji kemudahan itu akan dilaksanakan sebelum 2012.

Selama ini, penghuni sembilan rumah panjang di kawasan itu terpaksa berbelanja sehingga RM300 sebulan bagi membeli petrol yang digunakan bagi menghidupkan set generator yang hanya akan dipasang mulai jam 6 petang hingga 11 malam.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berkata selain kemudahan elektrik, kerajaan negeri juga bersetuju memberi peruntukan berjumlah RM600 bagi setiap pintu rumah panjang dan wang itu akan digunakan untuk menaik taraf kediaman mereka.

Taib turut meluluskan pembinaan dewan serba guna bernilai RM250,000 yang akan dibina di dalam kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batang Igan, Dalat, bagi kegunaan penduduk.


RM100,000 naik taraf 2 sekolah
2010/05/12

SIBU: Kementerian Pelajaran semalam mengumumkan peruntukan RM100,000 untuk projek pembangunan dan menaik taraf dua sekolah rendah di kawasan pedalaman daerah ini.

Sekolah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang dan SK Tanjung Penasu, Bawang Assan yang kebanyakan pelajarnya adalah daripada kaum Iban yang tinggal di rumah panjang berdekatan.

**renung-renungkanlah..
apabila datangnya pilihan raya, datang juga projek-projek "mee segera"

Asalamualaikum w.b.t

No comments:

Post a Comment