Monday, May 16, 2011

! ! ! W A H ! ! !


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


WAH....................
sungguh lama tak update blog ini..banyak masa terbuang tapi tak ada masa untuk blog...
Alhamdulillah semua sudah selesai..dengan assignment yang banyak dan Final. dah berusaha mana yang mampu..hanya menunggu keputusan..sekarang tengah cuti..tapi seminggu sebab ada semester pendek atau "short semester".. doakanlah kejayaan dunia dan akhirat..

*kejayaan seseorang bukanlah bergantung kepada kejayaan akademiknya sahaja*

baru-baru ni sambutan hari ibu, sambut dengan domino's pizza je..makan kat rumah beramai-ramai..
hari rabu, 11/5/11, mak buat operation mata di Hospital Pakar Mata Tun Hussein Onn, Petaling Jaya..Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar walaupun ada kesukaran pada dokor semasa operation itu..lagi semniggu mata mak akan sembuh dan rehat seminggu dan akan operate mata sebelah lagi.. doakan semuanya berjalan dengan lancar...


==========================*******=============================

kita masuk isu politik pula..
akhir ini, Malaysia dilanda pelbagai isu yang hangat..antara isunya :

VIDEO SEKS MIRIP KETUA PEMBANGKANG

KRISTIAN AGAMA RASMI DI MALAYSIA DAN PERDANA MENTERI DI KALANGAN PENGANUT KRISTIAN.

isunya sangat hangat..tetapi adakah semua ini benar???
adakah betul Video Seks itu pelakunya adalah DS Anwar Ibrahim?
betulkah DAP berpakat dengan paderi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian dan melantik PM dari kalangan mereka?


kita dedah satu per satu..

Video seks,

Terdapat kesangsian daripada video seks itu....

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek.Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnyaadalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

sumber daripada,
DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN

(beliau adalah orang pertama yang telah di panggil oleh Trio Dato' T untuk menonton video seks ini)



adakah betul pelaku video ini adalah DS Anwar Ibrahim????


pada 21/2/2011 - tarikh video seks dirakam..pelaku berambut pendek

pada 22/2/2011 - tarikh di mana DS Anwar berada di mahkamah untuk perbicaraan kes liwat

anda boleh menilai sendiri kesahihan..adakah benar DS Anwar adalah pelaku dalam video tersebut? sehari sahaja, rambut sudah panjang???? pelik ini...baru-baru ini, PDRM telah mengesahkan bahawa video seks itu adalah tulen ..ramai yang beranggapan DS Anwar bersalah kerana statement oleh PDRM itu..PDRM tidak mengesahkan bahawa pelakunya adalah DS Anwar..jadi, jangan lah membuat andaian..kaji dan teliti betul-betul sebelum mempercayai sesbuah cerita itu...

Allah SWT telah berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan teliti (tabayyun) agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (QS Al-Hujuraat:6)





Saksikan juga video ini..pengakuan hebat



bila ada kuasa, semua boleh jadi..
boleh ke kes Liwat 2 dan kes video seks jad begini?



KRISTIAN AGAMA RASMI DI MALAYSIA



isu ini sangat hangat..benarkah semua ini akan berlaku?
DAP bersama Pakatan Rakyat..Di dalam PR, terdapat PAS dan PKR..di dalam PAS dan PKR terdapat ramai orang Islam..logikkah DAP ingin membawa isu Kristian sebagai agama rasmi?
sebenarnya isu ini sengaja di mainkan oleh puak-puak parti politik yang sudah tidak tahu hala tuju politik mereka..mereka sengaja timbulkan isu ini agar PR boleh berpecah..

"KALAULAH" pemimpin PR beragama Islam bodoh sangat untuk menerima Kristian sebagai agama rasmi, isu ini juga tidak akan ke mana kerana perlu di bawa ke Parlimen untuk penggubalan undang-undang..Puak parti pemerintahkan ramai "alim ulama"..takkan lah mereka juga mahu setuju dengan cadangan ini..maka, usul ini akan ditolak oleh sidang dewan..

"KALAULAH" sidang dewan pun bodoh sama, usul ini perlulah di bawa kepada Majlis Raja-Raja dan di bawa kepada YDP Agong kerana Agong adalah ketua Agama Islam..takkanlah Agong nak meluluskan usul ini..ada logikkah???? janganlah jadi rakyat yang bodoh..jangan terlalu taksub kepada media arus perdana

renungkanlah wahai rakyat Malaysia.....keputusan di tangan anda..

Asalamualaikum w..b.t