Thursday, February 25, 2010

Khutbah Terakhir

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

12 Rabiulawal tahun Gajah adalah tarikh lahir dan 12 Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah adalah tarikh wafatnya Nabi Muhammad SAW. Tarikh ini semakin hari semakin dilupakan oleh segelintir umat Islam yang mengaku dirinya Islam. Malah ramai anak-anak muda lebih mengingati tarikh lahir selebriti, tarikh-tarikh yang tak sepatutnya diingati dan diraikan seperti Valentine's Day, April Fool dan lain-lain. Renungkanlah. Oleh itu, saya letakkan khutbah terakhir Rasulullah SAW di sini. Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada khutbah tersebut dan menjadi renungan bersama.

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)


Moga dapat memberi iktibar dan pengajaran padaa kita semua..InsyaAllah...

Asalamualaikum w.b.t

-budakHappy-

Wednesday, February 24, 2010

PD


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

hari ini ke Port Dickson sampai esok
(24-25 Februari 2010)
ada meeting
bukan aku lah.. en.Badar yang ada meeting
aku driver dia je
hehehe

Sekian

Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-

Tuesday, February 23, 2010

Hospital Ampang Puteri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hari ini aku bawa sepupu aku (ahmad aizad) ke Hospital Ampang Puteri
Dia nak buka 'simen' pada tangan dia yang patah akibat main bola
Main tak lah hebat sangat pun..hahaha

0930 : Sampai hospital (sampai awal..dengan harapan dapat awal la)

0940 : balik rumah - lepak makan di Restoran Hafiz Corner

1115 : sampai hospital - buat xRay (2minit)

1140 : Jumpa doktor TERBAIK (2 minit je)
*tunggu lama, jumpa sekejap je..dia suruh pergi tempat emergency ..
tunggu dia di sana

1345 : Jumpa doktor TERBAIK lagi (3minit - proses membuka 'simen')


- Doktor ini memang TERBAIK -

- Proses membuka 'simen' -

*total masa jumpa doktor, 7 minit je..tunggu punya lah lama..
**nasib baik tahap kesabaran tinggi..hahahaha

Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-

Monday, February 22, 2010

Terima Kasih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Terima kasih

sebab jadi kawan aku
susah nak jumpa kawan yang macam kau
banyak yang kau dah tolong aku selama kita berkawan

thanks once again

Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-

Thursday, February 18, 2010

YB

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

YB
membawa maksud Yang Berhormat
atau
membawa maksud Yang Berkhidmat

Bagi aku, YB membawa maksud Yang Berkhidmat
sebabnya,
seseorang itu perlu berkhidmat untuk rakyat secara jujur dan adil barulah sesuai terima gelaran
Yang Berhormat

kalau gelaran Yang Berhormat diberikan tetapi tak berkhidmat,
tak ada maknanya

semua orang hormat dan sanjung tetapi tak ada jasa pun yang diberikan
sekadar gelaran YB
apa maknanya semua itu????

Oleh itu, berkhidmatlah untuk rakyat secara jujur dan adil
barulah sesuai denga gelaran YB yang diterima oleh anda

*ini adalah pandangan peribadi..renung-renungkan dan selamat beramal
sekian


Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-

Wednesday, February 17, 2010

Kanak-Kanak Riang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hari ni
aku, abg chik, akak, dekmin, nurin dan najwa
ke Zoo Negara

saja nak bawak kanak-kanak riang(Nurin & Najwa) jalan-jalan
Alhamdulillah cuaca mendung je sepanjang hari

- di pintu masuk Zoo Negara -

- sempat bergambar -

- Burung Merak -

- di tempat Singa (Lion King) -

- Nurin berani bagi kambing makan -

- Najwa takut -

- muka Happy Nurin -

- senyuman Najwa -

*rm25 termasuk tempat rama-rama
*rm20 x termasuk tempat rama-rama

**mahal, tak berbaloi, dah tak best macam dulu

Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-

Cherating Part 3


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hari ketiga = hari terakhir

pagi-pagi da ke pantai
dengan harapan nak tengok matahari terbit
tapi cuaca di pagi hari yang tidak mengizinkan
mendung je..huhuhuhu

- menunggu sunrise -

- abg chik & akak lepak di bawah pokok kelapa -

- aku -

- di tepi swimming pool -

- untuk kenang-kenangan -

- bergambar di Pantai Teluk Chempedak -

- melepak di Pantai Teluk Chempedak -

akhirnya, tamatlah percutian kami ke Pantai Cherating
dalam perancangan :
Port Dickson, Bukit Merah, Langkawi, Tioman, Pangkor

Thanks to :
Abah, Mak dan semua yang terlibat dalam menjayakan Percutian Keluarga ini
semoga dapat lagi percutian sebegini
INSYAALLAH
sekian

Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-

Tuesday, February 16, 2010

Cherating Part 2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hari kedua banyak aktiviti dilakukan
mandi laut, swimming pool, g makan keropok kt kemaman dll

- anak2 lelaki en.Badar & pn.Anna -

- di pagi hari -

- aktiviti bermandi manda -

- bermain pasir pantai -

- thanks 2 akak -

- acara menanam kaki Qayyum -

- minum petang di Kemaman -

Hari kedua yang memenatkan tapi menyeronokkan
BEST!!!

Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-

Cherating Part 1


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah
perjalanan pergi-balik Cherating selamat

*ni semua gambar hari pertama

- Abah & Mak di tepi pantai -

- sape berat??? -

- dari kiri : abah, aku, akak, abg chik, abg luk -

- berseronok di tepi pantai -
- nak balik bilik -

- dekmin, aku, akak -

hari kedua akan menyusul

Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-


Sunday, February 14, 2010

Family Vacation

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

14 Februari - 16 Februari 2010
family aku bercuti ke Cherating
pergi 2 kereta
kereta pertama : Mak, Abah, Abg Luk dan Abg Ngah (orang2 tua)
kereta kedua : Abg Chik, Akak, Aku, Qayyum, DekMin (anak2 muda)
hahahaha..


*semoga perjalanan dan percutian kami berjalan dengan lancar

Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-

Thursday, February 11, 2010

Impossible is Nothing


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Semalam 10/02/10,
aku dah buat 1 perkara yang sangat menyeronokkan bagi aku
mungkin ada orang akan cakap aku buat perkara BODOH
tapi perkara ni tak bodoh..

aku telah berjalan kaki bersama Hadi Koh dari Ampang ke KLCC
bertolak dari rumah pada jam 11.30pg
dan sampai di kLCC pada jam 2.00ptg
perjalanan mengambil masa 2jam 30minit
tak tahu la kalo ada orang boleh buat lagi awal ke
hahahahhaha


sampai je di kLCC,
aku rehat2, keringkan peluh..
makan2, minum2, pusing2
hahaha


tepat jam 3.30ptg,
aku pulang ke rumah juga dengan berjalan kaki
jam 6.00ptg sampai rumah aku
panas terik semasa perjalanan pulang
memang terbaik la..hitam tengkuk..
hahahaha

sebenarnya aktiviti ini bukan aktiviti bodoh semata2
aku nak merasai macam mana orang dulu rasa
tak ada transport untuk kemana-mana
terpaksa berjalan kaki meredah hujan panas untuk ke destinasi

lagipun,
boleh dapat sihatkan tubuh badan..
badan sihat minda cergas
hahaha

*sapa nak buat, aku sedia teman..contact je aku..hahaha

"Impossible is Nothing"

Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-

Tuesday, February 09, 2010

14 Februari

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hari ini bukan 14 Februari tapi aku nk tulis pasal 14 Februari ni awal sikit
Tarikh ini setiap tahun akan di sambut sempena Hari Kekasih atau Valentine's Day.

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut.

Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai atau dikasihi.



Berdasarkan fakta-fakta ini, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang melibatkan aqidah Islam.

Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain.

Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.;
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(al-Kafirun ayat 1-6)

Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam.

Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.;
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Dalam hal ini Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah HARAM dan bertentangan dengan ajaran Islam”.

Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

*RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL

Asalamualaikum w.b.t

-budakHappy-

Thursday, February 04, 2010

Facebook

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Facebook
Sebuah rangkain yang membolehkan orang ramai berkomunikasi dengan rakan-rakan di serata dunia. Facebook ini diasaskan pada 4 Februari 2004 oleh seorang anak muda yang bernama Mark Zuckerberg, seorang bekas ahli kelas Harvard tahun 2006 dan seorang bekas pelajar Ardsley High School.

Mula-mulanya keahlian hanya dibuka kepada para mahasiswa Kolej Harvard. Selepas itu rangkaian sosial ini berkembang ke sekolah-sekolah kawasan Boston yang lain (Kolej Boston, Universiti Boston, Universiti Harvard, Universiti Northeastern, Universiti Tufts), Rochester, Stanford, NYU, Northwestern, dan semua sekolah Liga Ivydalam masa dua bulan. Banyak universiti individu ditambah dengan pantas pada tahun yang seterusnya.

Akhirnya, orang yang mempunyai alamat e-mel universiti(misalnya .edu) daripada institusi di seluruh dunia layak menyertai Facebook.

Sejak 11 September 2006, rangkaian sosial ini disediakan kepada sesiapa yang mempunyai alamat e-mel.

Mark Zuckerberg
Lahir : 14 Mei 1984 (White Plains, New York)

Pekerjaan : CEO dan President Facebook

Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-