Thursday, February 04, 2010

Facebook

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Facebook
Sebuah rangkain yang membolehkan orang ramai berkomunikasi dengan rakan-rakan di serata dunia. Facebook ini diasaskan pada 4 Februari 2004 oleh seorang anak muda yang bernama Mark Zuckerberg, seorang bekas ahli kelas Harvard tahun 2006 dan seorang bekas pelajar Ardsley High School.

Mula-mulanya keahlian hanya dibuka kepada para mahasiswa Kolej Harvard. Selepas itu rangkaian sosial ini berkembang ke sekolah-sekolah kawasan Boston yang lain (Kolej Boston, Universiti Boston, Universiti Harvard, Universiti Northeastern, Universiti Tufts), Rochester, Stanford, NYU, Northwestern, dan semua sekolah Liga Ivydalam masa dua bulan. Banyak universiti individu ditambah dengan pantas pada tahun yang seterusnya.

Akhirnya, orang yang mempunyai alamat e-mel universiti(misalnya .edu) daripada institusi di seluruh dunia layak menyertai Facebook.

Sejak 11 September 2006, rangkaian sosial ini disediakan kepada sesiapa yang mempunyai alamat e-mel.

Mark Zuckerberg
Lahir : 14 Mei 1984 (White Plains, New York)

Pekerjaan : CEO dan President Facebook

Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-

No comments:

Post a Comment