Tuesday, January 25, 2011

Maher Zain

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Maher Zain datang lagi ke Malaysia untuk konsert yang lebih besar pada 25 & 26 Febuari 2011. Penyayi dan komposer berketurunan Lubnan warganegara Sweden menajdi sebutan ramai selepas kehadirannya ke Malaysia pada 2010. Maher Zain akan mengadakan konsert yang ketiganya selepas konsert pertama dan keduanya tahun lepas.


Maklumat lanjut boleh layari di [ SINI ]




Asalamualaikum w.b.t

I-Phone 4

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


I-Phone 4

satu kegilaan masa kini. bila boleh aku pakai? duit dah ada. sepatutnya dah boleh beli.
sebelum ada duit dulu, semangat nak beli membuak-buak. dah dapat duit, rasa tak nak guna pula. rasa membazir pun ada juga kalau beli I-Phone4 ni.

perlu ke aku beli?
satu trend zaman sekarang pakai skrin sesentuh
belum ada reason yang kuat untuk aku pakai I-Phone ni
sebab itu sampai sekarang aku tak beli-beli lagi. survey dah banyak kali

nak teruskan niat untuk membeli I-Phone 4 atau teruskan memakai Nokia E63?
banyak persoalan yang timbul
tak kan nak buat solat sunat istikharah juga?
biar betul?
macam nak pilih jodoh pula
...HAHAHAHA...






Asalamualaikum w.b.t

Saturday, January 22, 2011

Oh Kampusku!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Isnin yang lalu selepas kelas mandarin, aku menghadiri satu majlis dialog antara pihak pengurusan asrama dan pelajar asrama. aku masuk pada pertengahan majlis. masa aku masuk, pihak pengurusan baru mula membentangkan tentang undang-undang yang mahu diperketatkan. mula sekali aku malas nak ambil tahu pasal undang-undang asrama tetapi aku terpaksa ambil tahu sebab undang-undang yang dibentangkan tidak menyenangkan hati aku dan mungkin ramai lagi yang sependapat dengan aku.

antara undang-undang itu ialah diwajibkan solat fardhu di surau. lebih-lebih lagi pada waktu subuh. ini adalah undang-undang yang terbaik bagi aku. aku bukan nak bangkang hanya nak mempersoalkan sahaja undang-undang ini. adakah wajib solat di surau hanya kepada pelajar asrama? kenapa tidak diwajibkan kepada pihak pengurusan asrama juga? bukan semua pihak pengurusan tidak berjemaah di surau tetapi angkanya sangat kecil. itu pun yang sudah ada tittle "ustaz". dimanakah individu-individu lain yang menyokong dan menggubal undang-undang itu? ada yang tidak pernah nampak muka langsung. bukan mahu mempertikaikan sangat sebab ini urusan hamba dan Tuhan tetapi kau telah dilantik dan diamanahkan untuk menjadi pemimpin. kau perlu tunjukkan ciri-ciri kepimpinan kau. kalau semua pihak pengurusan ada di surau selalu, InsyaAllah students will respect you all and student will follow it. try think about it.

isu yang kedua ialah buku log. buku log ini adalah untuk merekodkan aktiviti keluar-masuk pelajar. how come pihak pengurusan boleh terfikir nak buat macam ini? kebaikan yang aku nampak, pihak pengurusan akan dapat tahu pelajar keluar dari hostel dengan tujuan apa, pergi mana dll. aku ingatkan di sekolah berasrama sahaja ada buku log. rupanya sampai di universiti. pelik-pelik. perlu ke kongkong pelajar asrama sebegini? kau nak kongkong boleh kalau kemudahan di asrama lengkap. WIFI pun slow macam siput babi. try think about it.

ketiga, tidak boleh menghisap rokok di kawasan kampus. sangat bagus. aku amat setuju 100% sebab aku benci rokok, perokok dan yang sama waktu dengannya. tetapi ada di kalangan pensyarah yang berani hisap rokok dalam kelas, depan pelajar. ada pensyarah yang tahu tetapi buat-buat tak tahu. macam mana pelajar nak ikut undang-undang kalau pensyarah sendiri tak ikut? try think about it.

undang-undang yang keempat ialah cara berpakaian. bagus juga sebab pihak pengurusan mahukan pelajar berpakaian sopan. contohnya seperti menutup aurat dll. dalam sesi itu, pihak pengurusan ada menunjukkan pakaian yang sesuai bagi lelaki dan perempuan. bagi lelaki aku tak ada nak komen sebab perkara biasa. aku nak komen di sini ialah mengenai pemakaian pelajar perempuan. ada sesetengah pelajar perempuan yang sopan dengan memakai jubah. tetapi jubahnya ketat sehingga boleh nampak bentuk badan. apa maknanya berjubah tetapi ketat? salahkah perempuan pakai seluar tetapi tak ketat? kalau pakai jubah tetapi ketat, serupa tidak payah. individu-individu ini ada memegang jawatan dalam kampus. kebanyakan pesalah adalah dari golongan yang berjawatan. try think about it.

banyak lagi tetapi dah penat. aku tahu yang aku pun tak perfect untuk mempertikaikan semua ini. setiap manusia ada kesalahan juga. nobody's perfect. aku hanya mahu mengingatkan diri aku dan juga pembaca blog ini.itu sahaja. kalau sudah diangkat jadi pemimpin, jadilah pemimpin dengan jujur dan amanah kerana ini adalah satu tanggungjawab yang berat yang perlu dipikul sebab amanah ini akan dihisab di akhirat kelak. try think about it.




sentiasa mengharapkan yang terbaik






Asalamualaikum w.b.t

Thursday, January 20, 2011

11.1.11


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang





Actually this story has expired but I would like to story because of this issues should be awareness for students in Malaysia. On 11 January 2011 (11.1.11) I have attend Perhimpunan Mahasiswa Negara (PMN) at KL Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH). On this date (11.1.11) maybe it's normal for some people but for undergraduates who are attend PMN is a great time to start to fight for student issues.

The objectives :
  1. unite from public and private university and colleges
  2. a platform to share and discuss student issues openly so that students do not feel alone in their struggle
  3. establish new networks for collaboration and cooperation on campus level and national level to reach STUDENT UNITY
On that day, there were three sessions :
  1. Popular Assembly - stand up and speak up! every student gets a quick turn to share or vent about their student problems in this fast-paced, democratic and sharing session.
  2. Participatory Workshop - where the studengt come from? Find out in this group workshop by identifying root causes and mapping out the biggest pictures.
  3. Student's Parliament - You’ve seen the bigger picture. Now pitch your group’s proposal to the students’ parliament where every student has the power to decide whether to pass it or trash it, in true parliamentary style.
In group workshop, there was divided to four topic to find out the root causes and how to solve it. The topic that they discuss in student's parliament is the topic from the wokshop.
  1. Student Welfare
  2. Educatian Quality
  3. Laws, Politics and Campus Regulations
  4. Personal Attitude
From the student's parliament, the three proposals agreed by the students on that day.
  1. Discussed about to make a cooperative student (Koperasi Mahasiswa)
  2. Discussed about student unity
  3. Discussed about next PMN will be held on weekends
So, I hope that all students in Malaysia would be aware of the rights of students who have been denied for so long with the law in which the students can not speak freely.


"Jika takut risiko, usah bicara tentang perjuangan" - Anwar Ibrahim -


! ! ! FIGHT FOR YOUR RIGHT ! ! !






Asalamualaikum w.b.t

Saturday, January 15, 2011

7 Hari

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Dah lama tak menulis ni. Tak ada idea. Nak tulis pasal barang naik, dah muak sangat sebab memang barang akan sentiasa naik selagi hidup di bawah pemerintah yang tak pandai uruskan hasil negara kepada rakyatnya. Pejam celik dah seminggu masuk belajar untuk Tahun 2, Semester 2. Macam-macam jadinya. Add-drop subjek, loan MARA dll. Pelbagai karenah dan ragam manusia ada. Subjek semester ni INSYAALLAH boleh bawa. Dapat lecturer pun boleh tahan best juga la. Hopefully dapat score A dalalam semester kali ini.





Mengharapkan yang terbaik untuk semester kali ini. Doakan kejayaan di Dunia sampai Akhirat.





Asalamualaikum w.b.t

Wednesday, January 05, 2011

kanak-kanak

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang








kanak-kanak ke sekolah




Asalamualaikum w.b.t

Sunday, January 02, 2011

BBQ

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang















last buat BBQ 2 minggu sebelum Arwah Ude meninggal


Mohd Anuar Jamaluddin dalam kenangan (1963 - 2009)

Al-Fatihah


Asalamualaikum w.b.t

Saturday, January 01, 2011

Cerita Lama 4

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



SELAMAT BERTUNANG













tamat Part 4

Asalamualaikum w.b.t

Cerita Lama 3

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



SELAMAT PENGANTIN BARU
MOGA KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT






tamat Part 3

Asalamualaikum w.b.t

Cerita Lama 2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



SELAMAT PENGANTIN BARU
MOGA KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT










tamat Part 2

Asalamualaikum w.b.t