Saturday, January 22, 2011

Oh Kampusku!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Isnin yang lalu selepas kelas mandarin, aku menghadiri satu majlis dialog antara pihak pengurusan asrama dan pelajar asrama. aku masuk pada pertengahan majlis. masa aku masuk, pihak pengurusan baru mula membentangkan tentang undang-undang yang mahu diperketatkan. mula sekali aku malas nak ambil tahu pasal undang-undang asrama tetapi aku terpaksa ambil tahu sebab undang-undang yang dibentangkan tidak menyenangkan hati aku dan mungkin ramai lagi yang sependapat dengan aku.

antara undang-undang itu ialah diwajibkan solat fardhu di surau. lebih-lebih lagi pada waktu subuh. ini adalah undang-undang yang terbaik bagi aku. aku bukan nak bangkang hanya nak mempersoalkan sahaja undang-undang ini. adakah wajib solat di surau hanya kepada pelajar asrama? kenapa tidak diwajibkan kepada pihak pengurusan asrama juga? bukan semua pihak pengurusan tidak berjemaah di surau tetapi angkanya sangat kecil. itu pun yang sudah ada tittle "ustaz". dimanakah individu-individu lain yang menyokong dan menggubal undang-undang itu? ada yang tidak pernah nampak muka langsung. bukan mahu mempertikaikan sangat sebab ini urusan hamba dan Tuhan tetapi kau telah dilantik dan diamanahkan untuk menjadi pemimpin. kau perlu tunjukkan ciri-ciri kepimpinan kau. kalau semua pihak pengurusan ada di surau selalu, InsyaAllah students will respect you all and student will follow it. try think about it.

isu yang kedua ialah buku log. buku log ini adalah untuk merekodkan aktiviti keluar-masuk pelajar. how come pihak pengurusan boleh terfikir nak buat macam ini? kebaikan yang aku nampak, pihak pengurusan akan dapat tahu pelajar keluar dari hostel dengan tujuan apa, pergi mana dll. aku ingatkan di sekolah berasrama sahaja ada buku log. rupanya sampai di universiti. pelik-pelik. perlu ke kongkong pelajar asrama sebegini? kau nak kongkong boleh kalau kemudahan di asrama lengkap. WIFI pun slow macam siput babi. try think about it.

ketiga, tidak boleh menghisap rokok di kawasan kampus. sangat bagus. aku amat setuju 100% sebab aku benci rokok, perokok dan yang sama waktu dengannya. tetapi ada di kalangan pensyarah yang berani hisap rokok dalam kelas, depan pelajar. ada pensyarah yang tahu tetapi buat-buat tak tahu. macam mana pelajar nak ikut undang-undang kalau pensyarah sendiri tak ikut? try think about it.

undang-undang yang keempat ialah cara berpakaian. bagus juga sebab pihak pengurusan mahukan pelajar berpakaian sopan. contohnya seperti menutup aurat dll. dalam sesi itu, pihak pengurusan ada menunjukkan pakaian yang sesuai bagi lelaki dan perempuan. bagi lelaki aku tak ada nak komen sebab perkara biasa. aku nak komen di sini ialah mengenai pemakaian pelajar perempuan. ada sesetengah pelajar perempuan yang sopan dengan memakai jubah. tetapi jubahnya ketat sehingga boleh nampak bentuk badan. apa maknanya berjubah tetapi ketat? salahkah perempuan pakai seluar tetapi tak ketat? kalau pakai jubah tetapi ketat, serupa tidak payah. individu-individu ini ada memegang jawatan dalam kampus. kebanyakan pesalah adalah dari golongan yang berjawatan. try think about it.

banyak lagi tetapi dah penat. aku tahu yang aku pun tak perfect untuk mempertikaikan semua ini. setiap manusia ada kesalahan juga. nobody's perfect. aku hanya mahu mengingatkan diri aku dan juga pembaca blog ini.itu sahaja. kalau sudah diangkat jadi pemimpin, jadilah pemimpin dengan jujur dan amanah kerana ini adalah satu tanggungjawab yang berat yang perlu dipikul sebab amanah ini akan dihisab di akhirat kelak. try think about it.




sentiasa mengharapkan yang terbaik






Asalamualaikum w.b.t

3 comments:

  1. btol tu paeh,pmmpin kena tnjuk kpmpinn yg baik baru blh suh org len jd bek...tp diorg dh nekkan udg2 mcmni mgkn de hkmhnya...insyaAllah kita harapkn dgn adanya udg2 mcmni student akn ikt dan hopefully ia akan jd "spark" utk orang lain ikt..

    igt, xprlu ikt org kalo diorg wt bnd yg xelk,kita truskn je prthnkn pe yg baik walaupn kita th ssh,kita pn kena berhemah dalam berdkwah,insyaAlla..

    life IS short,live life like He wants it,mudah-mudahan syurga tmpat yg abadi..amin..:)

    ReplyDelete
  2. yeker? wah, hebat la... kritikan yang amat terbuka... btw, setiap peraturan yang di buat adalah untuk tujuan kebaikan... kalau betul ianya tak praktikal, percayalah lama- lama ia akan luput dengan sendirinya...

    so, tak payah la komplen banyak2 pasal sesuatu... tapi yerla, nak buat mcm mana... mahasiswa hari ni dah teracu dengan sifat suka membantah, berdemonstrasi dan macam2 lagi... asal ada yang tak kene, pasti ada je...

    kalau ada yang rasa tak kene carilah saluran yang betul... tak tahu la orang degree level ni minded dia maybe lain siket kot dengan diploma level...

    ape2 pun, hanya sekadar komentar...

    salam ukhawah....

    ReplyDelete
  3. wan, bkn level degree or diploma..memang mahasiswa da ditutup minda supaya tidak kritik..just terima apa yang ada..ada nya auku, mahasiswa da tak kritis.xboleh bagi idea2 utk pembangunan modal insan..bkn semua benda kita bantah or nak berdemo..kalau secara betul, aku tak kesah..ini bukan sebab politik PR or BN..dulu aku jatuhkan Zulhelmi Ahmad dari Ketua Pengawas..time tu belom ada PR or pembangkang yang ingin membangkang or berdemo untuk menuntut sesuatu..sekarang, apa yang aku perjuangkan adalah keadilan.meletakkan sesuatu pada haknya.untuk mendapat keadilan yang sempurna, perku jalankan Islam berpandukan Quran dan Sunnah..renungkanlah

    ReplyDelete