Sunday, October 17, 2010

Apakah Semua Ini?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


KUALA LUMPUR, 15 Okt – Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kita berasa sungguh bangga kerana ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas.

“Satu lagi mercu tanda yang akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Bhd ialah Warisan Merdeka, yang dijadual siap pada 2020,” katanya semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Menara itu akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. Projek itu akan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan negara.

Kos projek berjumlah RM5 bilion, dengan menara dijangka siap pada 2015. –
Bernama

*renung-renungkanlah :
- baru-baru ni kerajaan potong subsidi rakyat hingga barang-barang naik..seperti minyak.
- kerajaan nasihat supaya rakyat berjimat dalam berbelanja. tapi kerajaan berbelanja tanpa berjimat
- PM cakap belanjawan ini adalah belanjawan rakyat. adakah rakyat minta untuk bangunan tinggi ini?


Asalamualaikum w.b.t

3 comments:

  1. absolutely. aku setuju dgn ko. ade ke kate kerajaan tak dapat bg bonus utk pekerja kerajaan yg kosnya 1.5 billion. tapi sanggup buat bangunan 5 billion? kenapa 2020 baru siap? kontraktor apa die pakai? dah la diam2 minyak naik 5 sen! grrrrrr

    ReplyDelete
  2. sabar cik huda..nti aku dedahkan lg..
    rakyat lalai, mmg percaya kerajaan bagus
    rakyat prihatin, mmg percaya kerajaan menipu

    *da dftr mengundi ke blom huda? 20hb aku terus bwk nana g dftr..hahahaha

    ReplyDelete
  3. haha ko lak lebih excited dr nana!

    ReplyDelete