Monday, January 18, 2010

Kepulauan Sandwich


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tahukan anda???
18 Januari 1778 - Kapten James Cook menemui Kepulauan Sandwich yang kini dikenali sebagai Kepulauan Hawaii.

Kepulauan Hawaii
Ialah gugusan 19 pulau, beberapa pulau kecil, dan gunung bawah laut di Lautan Pasifik Utara. Kawasan ini melingkungi 2,400 km dari Pulau Hawai'i di selatan sehingga ke Atol Kure di utara. Kepulauan Hawaii menjadi satu negeri diAmerika Syarikat yang dikenali sebagai Hawaii. Dulunya dikenali sebagai Kepulauan Sandwich, gugusan kepulauan ini mengambil nama sempena pulau terbesarnya.

Kapten James Cook
Kapten James Cook (27 Oktober 1728 (T.J.) – 14 Februari 1779) adalah penjelajah, ahli pelayaran dan ahlikartografi Inggeris. Dia melakukan tiga pelayaran keLautan Pasifik, sambil memetakan banyak kawasan dan merekod beberapa pulau dan pantai dalam peta Eropah untuk kali pertama. Dia terkenal sebagai orang Inggeris yang menemui pantai timur Australia, Pulau Hawaii dan orang pertama memetakan Newfoundland dan New Zealand.

Semasa perjalanannya, dia menghabiskan banyak masa melakukan eksperimen sains dan memeta kawasan baru. Dia juga menulis buku tentang apa yang ditemuinya. Cook meninggal dunia diHawaii dalam satu pertempuran dengan penduduk asal Hawaii semasa pelayaran penjelajahan ketiganya di Pasifik pada 1779.

Malaysia - 18 Januari 2010
Pelajar Politeknik memulakan kelas pada hari ini..Kepada yg baru masuk sem 1, belajar rajin2 sebab perjalanan anda masih jauh. Pelajar sem akhir, belajar rajin2 semoga dapat result cemerlang, gemilang, terbilang..hahaha

Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-

2 comments:

  1. ceit!

    meh aku tmbh satu

    18hb jan 2010
    seorang penganggur kelihatan merayau2 di jabatan kejuruteraan elektrik. siapakah dia? (ketawa kejam)

    ReplyDelete
  2. woi..siot je statement 2..
    mungkin penganggur 2 rindu poli lagi
    bg la beliau peluang..hahahaha

    ReplyDelete