Thursday, January 21, 2010

KAWAN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kata Ibu,
Kawan ibarat lebah,
Habis madu sepah dibuang

Kata Ayah,
Kawan itu umpama bunga ros,
Dipandang cantik dipegang sakit

Kata Atuk,
Kawan itu seperti air,
Terus sahaja mengalir

Kata Nenek,
Kawan itu bak bulan,
Di puja dan di sanjung tapi nun jauh di sana

Kata Cikgu,
Kawan itu tak ubah macam durian,
Bau saja busuk tapi sedap dimakan

Kata Abang,
Kawan itu seperti lembu,
Mengikut saja apa di kata

Kata Kakak,
Kawan itu macam makanan,
Kawan makan kawan

Kata Adik,
Kawan itu macam biskut,
Sekejap ada sekejap tak ada

Kata Aku,
Kawan itu tak kisahlah macam mana pun,
Walau dia ibarat lebah, umpama bunga ros,
Seperti air, bak bulan, macam makanan,
Seperti lembu, tak ubah macam durian dan macam biskut,
Dia tetap kawan aku
Sebabnya,
Sekali aku dah berkawan,
Selamanya dia tetap kawan aku


Asalamualaikum w.b.t
-budakHappy-

No comments:

Post a Comment