Friday, February 18, 2011

Yang Berlalu - Pilihanraya Kampus

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang





Pilihanraya Kampus bagi UniKL-BMI telah pun berlalu pada hari Rabu yang lalu. Pilihanraya ini dilakukan kerana ingin menggantikan JPM sesi yang lalu. Aku menghadirkan diri ke pusat pengundian untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pengundi. Keputusan pilihanraya ini sangat mengejutkan pelbagai pihak dan terdapat beberapa bantahan pada pilihanraya kali ini yang membuatkan pilihanraya ini 'hangat'.



Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya, Baginda telah bersabda :
"Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin".



“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (pemerintah) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Suami adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya. Khadam (orang gaji) adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu.”
(Hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)



Pernah suatu ketika Abu Zarr al-Ghifari berkata kepada Rasulullah yang bermaksud:

"Tidakkah anda mahu mengangkat saya menjadi pemimpin wilayah?" Maka baginda pun menepuk bahu Abu Zarr dan bersabda : ”Wahai Abu Zarr, anda lemah. Ini adalah amanah. Ia adalah sumber kehinaan dan penyesalan di hari kiamat kelak, kecuali siapa yang menerima mandat kepimpinan ini dengan betul dan menunaikan segala tuntutannya." (Riwayat Muslim)




Tahniah kepada yang menang. Laksanakan amanah yang diberikan dengan betul, adil dan bertanggungjawab. Ingat, bahawa jawatan yang disandang sangat berat kerana akan dihisap diakhirat kelak.


Asalamualaikum w.b.t

No comments:

Post a Comment