Friday, February 11, 2011

Lama & Baru

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



sangat lama tak update blog ini..tak tahu kenapa..semakin hari semakin malas nak guna kemudahan teknologi walaupun boleh dilakukan hanya di hujung jari.
minggu lepas, aku demam panas selama seminggu.lagi la malas bukak blog.apatah lagi meng-update-nya..FB, Twitter aku akan update kalau dah pakai handphone baru nanti..tak tau nak beli model apa..WIFI di BMI macam bangang.lagi la aku malas nak online..so, sekarang sudah beransur pulih dari demam..hanya tinggal batuk dan selseme sahaja..


now nak cerita pasal Pilihanraya Kampus di BMI..
hari rabu, 9 febuari 2011, aku pergi penamaan calon untuk menjadi pencadang kepada Muzamil..dia nak bertanding dalam pilihanraya..ramai juga kenalan yang ada..mostly calon datang dari Komuniti Surau (KS)..memang baguslah pemimpin yang bakal lahir nanti dari kalangan "orang-orang surau"... aku akan undi calon-calon yang boleh buat kerja, calon yang "bersih" dan calon yang manifestonya untuk kepentingan mahasiswa BMI.. aku tak nak menjadi pengundi yang otak sempit yang taksub pada individu..aku sebagai pengundi, mahukan kepentingan daripada manifesto calon-calon yang bertanding..tak seperti politik di Malaysia..rata-rata rakyat Malaysia taksub pada parti.. walaupun tahu calonnya dari kalangan PERASUAH, mereka tetap mengundi sebab sayangkan parti kerana mahu melihat parti kesayangannya terus memerintah..ok..cakap pasal pilihanraya kampus ini, jawatan yang dipertandingkan ada 7..cara yang pilihanraya yang dijalankan adalah dengan mengikut populariti..jika sesorang mendapat undian tertinggi, maka secara automatik, dia akan jadi presiden dan begitulah seterusnya..sangat pelik..sepatutnya bertanding untuk merebut jawatan tetapi di sini, pilihanraya untuk memilih Jawatankuasa Perwakilan Mahasiswa (JPM) berdasarkan populariti..apa yang aku nampak di sini, orang yang berpotensi untuk menang adalah calon yang pernah menjadi fasilitator pada minggu orentasi pelajar baru..ini kerana mereka telah mempunyai populariti dari kalangan freshie..honestly, aku mahukan kepentingan mahasiswa terjaga.. :-


aku : apa mahasiswa dapat dengan JPM sebelum ini?
senior : emmm (lama fikir)..tak ada apa-apa pun
aku : macam mana calon berkempen?
senior : mereka datang ke bilik-bilik dan suruh mengundi mereka..
aku : what the h***


macam tu cara berkempen? patutlah tak ada hasil yang JPM buat..
fikirkanlah...anda ada kuasa untuk memilih




Asalamualaikum w.b.t

No comments:

Post a Comment