Friday, February 18, 2011

Yang Berlalu - Maulidur Rasul

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Muhammad Muhammad Muhammad Mustafa
Ibunya bernama Aminah
Ayahnya bernama Abdullah
Dilahirkan di Makkah Mukarramah
Ibu susunya Halimatus Sa'adiah

Ayahnya meninggal dunia
Tika nabi di dalam kandungan
Alangkah sedih pilunya
Ibunya menjaga baginda
Muhammad Mustafa

Semasa di dalam perjalanan
Pulang dari maqam suaminya
Aminah jatuh sakit di Abwa'
Kembali ke alam baqa'

Tinggallah nabi seorang diri
Hilanglah insan yang dikasihi
Tinggallah nabi seorang diri
Mengajarnya hidup berdikari

Anak yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa

Terpadam api di biara Majusi
Runtuhlah istana Kisra Parsi
Mekah diterangi cahya putih
Tanda lahir Nabi anak yatim

Anka yatim anak yang mulia
Dilindungi Allah setiap masa

Hidupnya yatim, yatim piatu
Tiada ayah tiada ibu
Namun dialah manusia agung



Mungkin ramai yang tidak tahu berapakah umur Rasulullah s.a.w. jika baginda masih hidup hari ini. Mungkin ramai juga tidak tahu bilakah sambutan Maulidur Rasul yang pertama. Jika Rasulullah s.a.w. masih hidup hari ini, baginda telah berumur 1440 tahun dan sambutan Maulidur Rasul yang pertama disambut selepas 300 tahun Rasulullah s.a.w. wafat. Sambutan dibuat oleh kerajaan Abbasiyah.


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. ziarah kubur pada waktu malam, kemudian memberi salam.Selepas itu, Rasulullah s.a.w. mengalirkan air mata. Sahabat bertanya, "kenapa Rasulullah menangis?" Rasulullah s.a.w. menjawab, "aku sangat merindui untuk jumpa saudaranya". Sahabat bertanya lagi, "siapakah saudara Rasulullah?" Baginda menjawab, "saudara aku ialah mereka yang datang selepas aku. Mereka tidak pernah berjumpa dengan aku tetapi mereka beriman denganku"


inilah tanda bahawa Rasulullah s.a.w. sangat mencintai ummatnya
...SubhanAllah...




Asalamualaikum w.b.t

4 comments:

  1. salam boleh tanya x?dulu u pegi persuruhjaya sumpah kat area ampang point kat mane ek??brape rm u kene ?

    ReplyDelete
  2. atas pizza hut..tau x? belakang habib kot..kedai emas besar kt situ..rm4

    ReplyDelete
  3. kat area spectrum de gk,kn?aritu kte gi paeh yg ttup tu..kat area kfc bandr baru ampang kn?

    ReplyDelete
  4. haah..ada jgk..ada 3 kt bandar baru ampang

    ReplyDelete