Friday, December 03, 2010

Kira-Kira

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang





sudah nampak petanda



harinya hampir tiba



bersiap sedia menghadapinya




perjuangan akan bermula



berjuanglah habis-habisan dari sekarang



biar penat sekarang



hasilnya nanti membanggakan



PUTRAJAYA akan ditawan



nantikan kehadiran PRU-13 bila-bila masa dari sekarang



daftar mengundi bagi mereka yang belum mendaftar



undilah pemimpin yang boleh membantu rakyat



kekalkan kekuasaan di Selangor



kekalkan kekuasaan di Kelantan



kekalkan kekuasaan di Kedah



kekalkan kekuasaan di Penang



rampas KERAJAAN HARAM PERAK daripada BN



tawan Melaka



tawan Nogori



tawan Johor



tawan Pahang



tawan Terengganu



tawan Perlis




tawan Wilayah Persekutuan




tawan Sabah & Sarawak




Nabi saw bersabda:
“ Demi Allah sesungguhnya kami tidak akan memberikan tugas kepimpinan kepada orang yang memintanya dan orang yang tamak dengannya.”


Hadis riwayat Hakim dari Ibnu Abbas.
"Ada yang memilih seseorang kerana ia saudaranya , kerana itu rakannya, kerana dia boleh bagi duit banyak, kerana nak kenakan dia, kerana lebih baik rupa paras, kerana lebih kaya, kerana banyak keuntungan dunia dan niat-niat yang lain yang bukan ianya lebih Allah dan Rasulnya redai. SEMUA ITU ADALAH SATU PENGKHIANATAN KEPADA ALLAH, RASUL DAN ORANG-ORANG BERIMAN."


Hadis sahih Muslim

"Diantara kuasa yang ada pada kebanyakan manusia pada hari ini adalah kuasa memilih.Sesiapa yang memilih pemimpin yang tidak Allah redai atau tidak memilih pemimpin sedangkan dia boleh memilih , DIA TELAH MENGHIANATI AMANAH ALLAH, RASUL DAN ORANG BERIMAN"



Menurut ulamak terkenal masa kini, Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi,
Islam menganggap penyertaan seseorang dalam pilihan raya dan pungutan suara serupa dengan memberi kesaksian bahawa calon yang dipilih adalah baik. Pada pandangan beliau lagi, sesiapa yang memberikan undian/suaranya kepada seorang calon kerana alasan kerabat dekat atau sekampung, atau kerana berharap dapat mengambil manfaat bila calon itu terpilih nanti, maka dia telah menentang firman Allah di dalam surah at-Talaq, ayat ke-2 yang bermaksud,

"Dan hendaklah kalian dirikan kesaksian itu kerana Allah."

Manakala sesiapa yang tidak menunaikan kewajipannya dalam pilihan raya (tidak keluar mengundi) sehingga golongan yang jujur kalah dan golongan yang tidak layak memimpin menang dengan suara majoriti, maka dia juga telah menentang perintah Allah dalam memberi kesaksian. Firman Allah di dalam surah al-Baqarah, ayat 282 yang bermaksud,

"Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil."

"Dan janganlah kalian (para saksi) menyembunyikan kesaksiannya dan sesiapa menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang-orang yang berdosa hatinya." (al-Baqarah: 283)

[Dipetik daripada tulisan Dr. Yusuf al-Qaradhawi berjudul "Fiqh Daulah"]



renung-renungkanlah bersama


"kalau takut dengan risiko, usah bicara tentang perjuangan"


"membujur lalu melintang patah"


"lawan tetap lawan"





Asalamualaikum w.b.t

No comments:

Post a Comment