Monday, December 06, 2010

Benar & Salah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Dipetik daripada Berita Harian (6/12/10)
Langkawi : 500 orang berkumpul di perkarangan kompleks pekan rabu kuah, sebagai protes terhadap kenyataan presiden PKR, Dr Wan Azizah yang mahu menghapuskan ketuanan Melayu.

Kuala Lumpur : Lebih 150 ahli Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mengadakan perhimpunan aman di stadium Merdeka pada jam 11 pagi, sebelum diarahkan bersurai oleh pihak polis. Perhimpunan diketuai oleh Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairudin bersama bersama beberapa ahli gabungan kemudian ke istana negara pada jam 1 tengah hari bagi menyerahkan memorandum '30 Perkara Penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor Pemerintahan Pakatan Rakyat' kepada wakil istana

Kuala Lumpur : Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan lebih 4000 peserta perhimpunan haram yang berkumpul di Masjid Negara semalam bagi membantah pengurusan Syarikan bekalan Air Selangor (SYABAS).



Omong-omong
- 3 situasi yang hampir sama tapi berbeza..bezanya perhimpunan bantah pengurusan SYABAS di panggil perhimpunan HARAM..kenapa? perhimpunan yang dianjurkan GAPS di panggil perhimpunan AMAN..kenapa?

- GAPS nak 'bantai' Kerajaan Selangor..so, boleh la berhimpun secara 'AMAN' sebab nak buruk-burukkan lagi kerajaan PR Selangor.


- renungkan lah kenapa kerajaan Selangor mengajak rakyatnya berdemo untuk membantah pengurusan SYABAS..

- Tentang perhimpunan di Langkawi yang membantah kenyataan Presiden PKR mengenai Ketuanan Melayu, apakah masalahnya? Apa yang penting sangat tentang Ketuanan Melayu? dalam Perlembagaan Malaysia, tak disebut langsung tentang Ketuanan Melayu.

"istilah ketuanan Melayu tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak wujud dalam perlembagaan negara" - kata pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim

- kalaulah betul mahukan sangat ketuanan Melayu, mahu jaga hak orang Melayu, mahu kekalkan keistimewaan orang Melayu, kenapa Bahasa Inggeris digunakan dalam majlis-majlis rasmi atau mesyuarat di sektor kerajaan? kenapa guna Bahasa Inggeris dalam pembelajaran Matematik dan Sains? kenapa pemimpin sekarang berucap dalam Bahasa Inggeris? manakah keistimewaan orang Melayu jika terdapat lagi golongan miskin tegar yang majoritinya dari kalangan orang Melayu?

- ketuanan Melayu cuba diangkat sebagai agenda politik..kenapa perlu ketuanan Melayu sedangkan pada masa yang sama sibuk dengan laungan "1 Malaysia". Jika begitu, perlu juga diangkat ketuanan Cina, ketuanan India dan lain-lain bangsa.

- Yang penting di sini bukan ketuanan Melayu yang patut di jadikan isu..yang penting adalah KETUANAN ISLAM..zaman Rasulullah s.a.w menjadi pemimpin kerajaan, tidak pernah langsung mengangkat ketuanan Arab sebagai agenda. Agenda utama Rasulullah s.a.w adalah mengangkat ajaran ISLAM untuk di sebarkan ke seluruh pelusuk dunia..

- renung-renungkanlah...mana yang benar dan mana yang salah..




Asalamualaikum w.b.t

1 comment:

  1. Salam 1Malaysia. Saudara, dah baca buku NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU tulisan Dr. Ridhuan Tee Abdullah? Jom baca- baca dan renungkan. Selamat membaca.

    ReplyDelete