Wednesday, March 02, 2011

Hikmah Bersabar

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dapat Mengelak Daripada Penyakit
Jika kita tidak sabar, tentu hati dan fikiran serta perjalanan darah dalam diri kita akan terganggu. Contohnya katakan jika kita terlampau marah kepada seseorang maka kita pun tidak sabar dengan terus bertindak atau menyerangnya di depan orang ramai. Pada masa itu, denyutan jantung kita semakin laju dan tekanan darah akan bertambah. Akibatnya jika kita terus bersikap demikian, sudah pasti lama kelamaan kita mungkin diserang sakit jantung atau darah tinggi.

Dapat Mengekalkan Hubungan Silaturrahim
Apabila orang melihat sikap kita yang sentiasa bersabar, ia akan menyebabkan mereka merasa senang dengan kita dan mereka inign mengekalkan hubungan yang baik dengan kita.

Allah Sentiasa Dengan Orang Yang Bersabar
Sabar itu adalah sebahagian daripada Iman.

Amalan Bersabar Boleh Menyebabkan Fikiran Kita Lapang Dan Tenang
Mungkin semasa kesusahan tidak berlaku kesenangan tetapi selepas itu barulah kita merasakannya.

Kajian Mendapati Ketika Kita Marah, Berjuta-Juta Sel Dalam Darah Kita Akan Mati
Bagi mengelakkan kematian sel yang banyak, ia perlu disekat dengan cara menghentikan kemarahan iaitu dengan bersabar. Walaupun pepatah ada mengatakan bahawa seberat-berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Namun mengamalkan kesabaran sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan atau kesusahan yang sedang dialami.

Asalamualaikum w.b.t

No comments:

Post a Comment