Wednesday, September 01, 2010

!!! INGATLAH !!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



INGATLAH
wahai manusia yang hidup di dalam dunia ini
jangan kita lupa pada godaan dunia
hidup ini hanyalah untuk sementara waktu

INGATLAH
hidup ini hanya sekali
beramal lah sebelum datangya mati
bertaubat lah sebelum datangya mati

INGATLAH
mati juga sekali
tiada hidup selepas datangya mati
melainkan hidup di alam yang lain
kemewahan duniawi ditinggalkan serta merta selepas mati
hanya yang tinggal adalah amalan yang dilakukan semasa hidup
amalan yang baik ataupun amalan yang jahat yang hendak di bawa kelak?
amalan yang baik akan membawa kita ke Syurga Allah
amalan yang jahat akan membawa kita ke Neraka Allah
kita yang boleh tentukan dengan menilai amalan-amalan kita sebelum ini
kita ada lagi peluang sebelum datangya mati yang tidak diketahui bila
masih sempat untuk bertaubat dan memohon ampun dari Allah
janganlah kita mati dalam keadaan yang tidak sempat bertaubat

INGATLAH
peluang yang Allah berikan hanyalah sekali sahaja



YA ALLAH
ampunkanlah dosa hambaMu yang lemah dan hina ini
hambamu ini selalu melanggar syariatMu Ya Allah
Kau terimalah doa hambamu ini Ya Allah
Kau terimalah taubat hambaMu ini Ya Allah
Kau permudahkan lah segala urusan di Dunia & Akhirat
Kau lindungilah hambaMu ini daripada bergelumang dengan maksiat
Kau kuatkan lah iman hambaMu ini untuk mengikut syariatMu
Hambamu ini hanyalah hamba yang lemah
perkenankanlah doa hambaMu ini Ya Allah
Kau lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Kau lah yang menguasai Hari Pembalasa
kepada Kau lah kami sembah dan kepada Kau lah kami minta pertolongan
tunjukkan lah kami jalan yang lurus
jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
bukan jalan orang yang Kau murkai & bukan pula jalan mereka yang sesat

...Amin Ya Allah...








*mengharapkan yang terbaik



Asalamualaikum w.b.t

No comments:

Post a Comment