Tuesday, June 15, 2010

Malaysia oh Malaysia

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ramai yang tidak tahu atau tidak perasan tentang kerajaan Malaysia yang sedang menipu rakyatnya..Rakyat harus ambil tahu tentang semua ini kerana rakyat yang akan menghadapinya..

Subsidi berterusan : Malaysia bankrap 9 tahun lagi
(27 Mei 2010)

Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

"Kita tidak mahu menjadi seperti Greece, akhirnya," kata Indris merujuk kepada ahli Kesatuan Eropah itu yang hutangnya menyebabkan ketidak-tentuan pasaran antarabangsa pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Parlimen Malaysia pindah ke Putrajaya
(09 Jun 2010)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan membina bangunan baru Parlimen di Putrajaya manakala bangunan sedia ada akan dibaik pulih dan dikekalkan sebagai bangunan warisan, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, pembinaan bangunan baru Parlimen dijangka menelan kos RM800 juta manakala RM150 juta diperlukan menaik taraf bangunan Parlimen sedia ada.

"Sebenarnya Parlimen dah jadi bangunan warisan, kita tak boleh runtuhkan dan dalam masa yang sama kita kena pastikan bangunan ini juga diguna pakai, jadi kita akan fikir cara mana yang terbaik," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Kos Istana Baru Menjangkau RM811 Juta
(14 Jun 2010)

Kos pembinaan Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur, telah meningkat dua kai ganda dalam tempoh empat tahun, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Semasa sesi soal-jawab pagi ini, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini kosnya meningkat kepada RM811 juta.

*renung-renungkanlah..Kerajaan Malaysia akan bankrap tapi ada projek berjuta-juta untuk kepentingan 'mereka' sahaja..subsidi yang menjadi kepentingan untuk rakyat akan dihapuskan..patutkah rakyat diperlakukan seperti ini? adakah dengan pembinaan Istana Baru dan Parlimen Baru boleh menjadikan Malaysia tergolong dalam negara-negara maju? Pemimpin terus kaya dan dijulang..rakyat terus miskin dan di perbodohkan..

Asalamualaikum w.b.t

No comments:

Post a Comment